Utusan Borneo (Sarawak)

Imam dipecat, ditukar diminta terima keputusan: Raja Muda Perlis

-

Imam- imam yang dipecat dan ditukarkan disaran supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan hati terbuka dan berlapang dada, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Baginda bertitah ini bagi mengelakka­n sebarang tindakan yang boleh menimbulka­n salah sangka terhadap keputusan MAIPs itu.

“MAIPs membuat keputusan memecat dan menukarkan imam-imam terbabit dalam usahanya untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pengurusan. Untuk itu, MAIPs menggarisk­an beberapa panduan bagi mencapai maksud tersebut.

“Keputusan yang dibuat ini adalah sebahagian proses berterusan membabitka­n pelbagai aspek pengendali­an dan pengimarah­an masjid,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarka­n Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor semalam.

Baru- baru ini, media melaporkan seramai 25 imam dipecat dan 10 lagi ditukarkan melalui surat Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) tanpa menyatakan sebab, bertarikh 31 Disember lepas.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pelantikan imam-imam baharu dan jawatankua­sa masjid bertujuan memberi suntikan nafas baharu bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh MAIPs, akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

“MAIPs sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbana­n besar yang telah diberikan oleh para imam, pegawai masjid, nazir, jawatankua­sa qariah dan semua yang terlibat.

“Saya menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan mendoakan Allah SWT memberikan ganjaran atas khidmat bakti yang dicurahkan,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia