Utusan Borneo (Sarawak)

Wong galak rakyat Sabah mohon program Usahawan-Agro Muda

-

Menteri Pertanian dan Industri Makanan ( MAFI) Sabah, Datuk Junz Wong mengajak usahawan muda agar tampil dan memanfaatk­an Program Bantuan Kerajaan bagi Usahawan-Agro Muda.

Beliau menggalakk­an rakyat Sabah agar aktif menyahut program kerajaan itu yang bertujuan membantu penggiat pertanian.

“Jangan ragu-ragu untuk datang ke MAFI bagi mendapatka­n bantuan, kami sanggup untuk membantu penggiat pertanian untuk mencapai matlamat mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Program Bantuan Usahawan- Agro Muda 2019 adalah bantuan di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), menyasarka­n rakyat Malaysia berumur antara 18-40 tahun, mampu membaca, menulis dan mengira.

Di bawah program ini pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria seperti untuk memulakan projek baharu dan perlu menghadiri program latihan teknikal anjuran atau sijil oleh MOA.

Untuk pemegang sijil, di- ploma atau ijazah tidak perlu melalui latihan teknikal berkenaan.

Wong berkata, pemohon yang berjaya mengikuti Progran Bantuan UsahawanAg­ro Muda 2019 akan diberi bantuan sekali dalam seumur hidup dan keutamaan kepada aktiviti pertanian.

Permohonan bantuan berkenaan akan mula dibuka dari 1-31 Jan untuk fasa 1, 1-31 Mei bagi fasa kedua dan 1-30 Sept untuk fasa ketiga.

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari www.moa.gov.my/agropreneu­r-muda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia