Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga Ukir Mall bimbang ‘gulung tikar’ kerana kurang pengunjung

-

Peniaga di Kompleks Ukir Mall di sini, berdepan risiko ‘gulung tikar’ selepas premis mereka semakin kurang pengunjung sejak Mei tahun lepas.

Seorang peniaga, Norhayati Mohd Noor, 66, berkata kini hanya terdapat kira-kira 20 peniaga selepas lebih 300 peniaga Pekan Rabu yang beroperasi sementara di kompleks itu berpindah semula ke lokasi asal Kompleks Pekan Rabu di Jalan Sultan Ibrahim di sini, pada April tahun lalu.

“Saya buka kedai salon kecantikan dengan bayaran sewa bulanan RM350 sebulan, sekarang saya bingung untuk membayar sewa kerana kurang pelanggan, sudah setahun saya tak bayar sewa kerana tak cukup modal nak pusing,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Norhayati yang juga ibu tunggal berkata, ketiadaan pelanggan menyebabka­n pendapatan­nya terjejas teruk dan hanya mampu meraih sekitar RM500 sebulan berbanding RM2,000 hingga RM3,000 sebulan sebelum ini.

Bagi peniaga pakaian, Che Dah Ahmad, 64, berkata pemilik kompleks iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah ( PKNK) perlu mengambil tindakan terhadap penyewa yang tidak beroperasi kerana keadaan deretan kedai yang lengang menjejaska­n peniaga lain yang masih beroperasi.

Che Dah berkata, ramai peniaga yang mahu menyewa di kompleks itu namun apabila permohonan dibuat, PKNK memberitah­u semua kedai sudah disewa dan ia menjadi satu daripada punca kenapa orang ramai tidak berkunjung ke kompleks itu.

“Tindakan perlu diambil terhadap penyewa yang tutup kedai kerana ia tidak menarik pengunjung ke sini, keadaan ini menyebabka­n orang ramai beranggapa­n bangunan in sudah ditutup, padahal kam masih beroperasi,” katanya yang meraih sekitar RM1,000 sebulan.

Sementara itu, Abdul Rahman Daud, 55, mencadangk­an supaya PKNK menganjurk­an pasar tani, pasar karat atau pasar malam bagi merancakka­n semula aktviti perniagaan d kompleks itu.

“Saya masih bertahan berniaga di sini sebab selepas perbincang­an dengan pihak PKNK dan surat yang dihantar kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, mereka bersetuju tidak menaikkan harga sewa bulanan, kalau tidak saya mungkin dah lama tutup operasi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Para peniaga di Kompleks Ukir Mall kelihatan berbincang bagi meminta Kerajaan Neger mencari langkah terbaik untuk memajukan semula kompleks perniagaan itu setelah ia lengang akibat perpindaha­n semula peniaga ke Kompleks Pekan Rabu yang baharu sejak Mei tahun lalu.
— Gambar Bernama BINCANG: Para peniaga di Kompleks Ukir Mall kelihatan berbincang bagi meminta Kerajaan Neger mencari langkah terbaik untuk memajukan semula kompleks perniagaan itu setelah ia lengang akibat perpindaha­n semula peniaga ke Kompleks Pekan Rabu yang baharu sejak Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia