Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FA: Tottenham Hotspur berpesta gol di Prenton Park

Skuad Pochettino menang besar 7-0 ke atas kelab divisyen tiga Tranmere untuk melangkah ke pusingan keempat kejohanan

-

LONDON,England:Tottenham Hotspur melangkah mudah ke pusingan keempat Piala FA Inggeris ketika Fernando Llorente menjaringk­an hatrik dan Serge Aurier menjaringk­an dua gol ketika membelasah kelab divisyen tiga, Tranmere 7-0 Jumaat lepas.

Perbezaan 74 anak tangga hierarki bola sepak Inggeris, Spurs – yang berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris – menunjukka­n jurang perbezaan ketara di antara kedua-dua pasukan dengan membelasah Tranmere, yang berada di tangga kesembilan Liga Dua.

Spurs mula mengawal permainan menerusi gol Aurier pada lewat separuh masa pertama sebelum Llorente menambah jaringan selepas rehat.

Aurier menambah jaringan kedua peribadi sebelum Son Heung-Min menjaringk­an gol solo cantik untuk gol ketiga Spurs.

Llorente menjaringk­an dua lagi gol untuk melengkapk­an hatrik sebelum Harry Kane dimasukkan dari bangku simpanan untuk melengkapk­an jaringan untuk kemenangan terbesar Spurs sejak membelasah Wigan 9-1 pada 2009.

“Ia adalah aksi sangat profesiona­l, saya sangat gembira dengan permainan pasukan,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Gol pertama membuka sedikit permainan tetapi saya merasakan separuh masa kedua adalah lebih bagus.

“Saya gembira kerana kami mengekalka­n rentak kami dalam pertanding­an ini.”

Ia adalah aksi sangat profesiona­l, saya sangat gembira dengan permainan pasukan. Saya gembira kerana kami mengekalka­n rentak kami dalam

” pertanding­an ini.

Mauricio Pochettino

Pengurus Tottenham Hotspur

Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA di antara Tranmere Rovers dan Tottenham Hotspur di Prenton Park, Birkenhead di Britain.

Selepas jadual padat musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu, Spurs pastinya lega kerana perlawanan ke- 11 dalam tempoh 33 hari itu di Prenton Park tidak begitu sukar, terutama sekali mereka akan beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Chelsea minggu hadapan.

“Ia sangat penting untuk menguruska­n skuad untuk cuba merehatkan beberapa pemain selepas jadual padat musim perayaan,” tambah Pochettino.

Spurs belum memenangi Piala FA sejak 1991 dan kejuaraan juga sukar diperolehi sejak itu, dengan Piala Liga pada 2008 adalah kejuaraan terakhir kelab.

Walaupun Pochettino masih memburu kejuaraan pertama sepanjang empat tahun beliau di kelab, beliau mengakui Piala FA berada jauh di belakang kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara dalam senarai keutamaan beliau. Berdasarka­n itu, ia tidak mengejutka­n apabila hanya Son, Dele Alli dan Davinson Sanchez bermula dalam kesebelasa­n utama dari skuad yang menewaskan Cardiff minggu lepas.

Son beraksi cemerlang selepas menjaringk­an enam gol dari lima perlawanan terakhir dan hampir membuka jaringan seawal minit ketujuh tetapi rembatan penyudah beliau tepat ke dakapan penjaga gol Tranmere, Scott Davies.

Tottenham akhirnya membuka jaringan pada minit ke40 apabila Aurier melakukan rembatan dari jarak jauh untuk gol pertama beliau musim ini.

Ada sedikit kontrovers­i tentang gol itu selepas ulang tayang televisyen menunjukka­n bola masih bergerak ketika Son mengambil tendangan sudut pantas yang kemudian mengh a s i l k a n rembatan j a r a n g j a u h A u - rier.

Tott e n h a m mengekalka­n rentak pada separuh masa kedua dan menj a r i n g k a n gol kedua pada minit ke- 48 apabila Llorente menyempurn a k a n umpanan Son.

Selepas itu, ia sememangny­a penguasaan penuh dari Spurs dengan Tranmere, yang berpusat di Birkenhead, menghabisk­an hampir sepanjang sejarah kelab dibayangi dua kelab lebih besar iaitu Liverpool dan Everton di wilayah Merseyside.

Mereka beraksi dalam liga amatur bulan lepas selepas tersingkir dari empat liga profesiona­l dan ketika mereka kembali ke liga profesiona­l musim ini skuad kendalian Micky Mellon ternyata bukan tandingan Spurs — AFP

 ??  ?? PENUH AKSI:
PENUH AKSI:
 ?? — Gambar Reuters ?? M E N Y E R L A H : Aur i e meraikan gol jaringanny­a p a d a p e r l awa n a n tersebut. Aurier berjaya menyumbang­kan dua go untuk kemenangan 7-0
— Gambar Reuters M E N Y E R L A H : Aur i e meraikan gol jaringanny­a p a d a p e r l awa n a n tersebut. Aurier berjaya menyumbang­kan dua go untuk kemenangan 7-0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia