Utusan Borneo (Sarawak)

Solanke sarung jersi Bournemout­h

-

Bournemout­h melengkapk­an pembelian penyerang Liverpool, Dominic Solanke untuk yuran dilaporkan sekitar 19 juta pound.

Kehadiran Solanke adalah yang pertama dari dua perpindaha­n dari Anfield ke Stadium Vitality Jumaat lepas, dengan pemain pertahanan, Nathaniel Clyne, juga menyertai Bournemout­h tetapi untuk kontrak pinjaman sehingga akhir musim.

Ia dijangkaka­n di mana kehadiran Solanke ke Bournemout­h akan membuka jalan untuk Jermain Defoe menyertai Rangers untuk kontrak pinjaman 18 bulan.

Solanke memulakan karier di Chelsea, bermain satu musim pinjaman di Vitesse Arnhem di Belanda sebelum menyertai Liverpool pada 2017.

Beliau membuat 27 penampilan untuk Liverpool pada musim pertamanya tetapi belum diturunkan dalam musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu berminat untuk bermain dalam kesebelasa­n utama, dan meninggalk­an Chelsea atas sebab yang sama kerana tidak mampu menyaingi gandingan peny- erang berbisa Liverpool – Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah di Liverpool.

“Saya fikir Bournemout­h mampu melangkah jauh,” kata Solanke.

“Dalam beberapa tahun yang lalu, mereka beraksi baik dalam Liga Perdana dan mempunyai beberapa penamat musim yang memberangs­angkan. Saya fikir ia kelab yang bagus terutama sekali seseorang pada usia saya.”

Pengurus Bournemout­h, Eddie Howe, berkata: “Dominic adalah pemain berbakat, sangat cergas dan mempunyai perwatakan yang akan memberikan kami sesuatu yang berbeza di jentera serangan.”

Clyne, 27, juga melihat peluang beliau beraksi dalam kesebelasa­n utama berkuran- gan ekoran aksi cemerlang Trent Alexander- Arnold dan Joe Gomez.

Beliau hanya beraksi lima kali musim ini dan juga beraksi untuk jumlah yang sama pada musim sebelumnya kerana kecederaan.

“Saya benar-benar teruja dengan peluang ini. Ia satu peluang yang hebat untuk saya datang dan bermain d e n g a n kerap,” k a t a Clyne. — AFP

 ??  ?? SOLANKE
SOLANKE
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia