Utusan Borneo (Sarawak)

Empat fasa pemilihan skuad Piala Belia Sesi pemilihan pemain bermula di Sri Aman pada 8 Januari, disusuli Sarikei, Miri dan penutup di Kuching

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad Piala Belia Sarawak akan mengadakan pemilihan pemain sebagai persiapan menghadapi kempen musim baharu yang dijadual bermula pada awal Mac depan.

Pengurus Pasukan, Phillip Jabu berkata sesi pemilihan itu akan diadakan dalam empat fasa dengan yang pertama diadakan di Sri Aman pada 8 Januari ini.

Ia akan diteruskan di Sarikei pada 16 Januari, Miri pada 20 Januari dan penutup di Kuching pada 22 Januari.

“Untuk pemilihan di Sri Aman akan meliputi kawasan Betong dan Sarawak, manakala bagi Sarikei akan mencakupi Sibu, Mukah, Kapit dan Miri turut membabitka­n Bintulu dan Limbang.

“Mereka yang berminat perlu lahir pada tahun 2000 atau 2001 dan serius untuk mewakili Sarawak,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Phillip lagi, pihaknya mencari sekitar 26 hingga 27 pemain.

Beberapa pemain dari musim lepas mungkin akan dikekalkan namun mereka juga perlu melalui proses penilaian semula.

Katanya, pada musim ini Sarawak memanggil semula Safri Amit sebagai ketua jurulatih di mana beliau akan dibantu Jamal Wasli sebagai penolong jurulatih.

“Saya percaya pengalaman meluas dimiliki Safri dapat membantu skuad ini mencapai kejayaan lebih baik pada tahun ini.

“Beliau lebih memahami dan tahu mengenai skuad ini kerana pernah membimbing­nya sebelum ini.

“Dengan dibantu saudara Jamal, saya yakin gabungan padu mereka mampu mencambah idea yang konstrukti­f dan membawa skuad ini ke peringkat lebih jauh,” ujar Phillip.

Sementara itu, Safri ketika ditemui meletakkan sasaran untuk mara ke final pada edisi kali ini sekali gus memperbaik­i rekod pencapaian ketika beliau membimbing skuad itu pada 2017.

Untuk rekod, skuad Piala Belia Sarawak melakar tujuh kemenangan, tujuh seri seri dan empat kekalahan pada edisi 2017 yang turut menyaksika­n Sarawak tidak pernah kalah pada aksi d laman sendiri.

“Sudah tentu saya mahu mengatasi rekod sendiri pada tahun ini untuk mara ke final.

“Ia tidak mustahil dengan komitmen padu dari semua pemain, jurulatih dan pengurusan,” katanya.

Barisan pengurusan skuad Piala Belia Sarawak 2019 turut menyaksika­n Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdillah Majid dilantik sebagai Penolong Pengurus.

 ??  ?? SELESAI MESYUARAT: (Dari tiga kiri) Safri, Phillip, Setiausaha Agung FAS Jeffery Lana, Abdillah dan Jamal bergambar bersama selepas menyuarat pasukan di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.
SELESAI MESYUARAT: (Dari tiga kiri) Safri, Phillip, Setiausaha Agung FAS Jeffery Lana, Abdillah dan Jamal bergambar bersama selepas menyuarat pasukan di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.
 ??  ?? PERSEDIAAN: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.
PERSEDIAAN: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia