Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Akhyar pilih JDT untuk kembangkan bakat pilihan tepat

-

Perpindaha­n bintang muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tepat bagi mengembang­kan bakatnya.

Perkara itu dipersetuj­ui bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang berpendapa­t bahawa sebagai pemain bola sepak Muhammad Akhyar perlu mencari pasukan yang boleh menjamin masa depan- nya.

“Ini liga profesiona­l, semua kena terima hakikat. Semua kena terima perpindaha­n ini. Karier sebagai pemain bola sepak boleh dikatakan tidak berpanjang­an, setakat 10 hingga 13 tahun sahaja. Jadi mereka kena cari satu tempat yang boleh menjamin satu masa depan yang cerah.

“Mereka kena cari ‘tempat’ terbaik, gaji yang baik, yang boleh menampung di hari tua nanti. JDT adalah satu tempat yang boleh memberi masa depan cerah kepada pemain bola sepak.

“Kita tidak boleh nafikan JDT adalah satu tempat idaman pemain Malaysia kerana adanya fasiliti yang lengkap, yang boleh bawa pemain ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Majlis Sukan Negara.

Dalam masa sama, Khalid berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bertegas dalam undang-undang melibatkan perpindaha­n pemain bola sepak.

Katanya, undang- undang yang ada kini agak longgar dan jika ia diteruskan serta tidak diperketat­kan, arena bola sepak negara akan terus dihujani dengan isu perpindaha­n pemain. — Bernama

 ??  ?? TUNJUK BAKAT: Antara perenang yang mencuba nasib ketika menyertai sesi pemilihan tersebut di Sibu, semalam.
TUNJUK BAKAT: Antara perenang yang mencuba nasib ketika menyertai sesi pemilihan tersebut di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia