Utusan Borneo (Sarawak)

Menangani kes penderaan haiwan di Malaysia

- Oleh Farahanim Mohd Esa

DENGAN hampir 4,000 orang berkongsi catatan di Facebook Daachayeni Arivalagan, ‘Puteri’ dengan mudah boleh mendapatka­n rawatan perubatan di klinik veterinar dengan sokongan dana awam.

“Ada seorang lelaki menjumpai Puteri dalam sebuah longkang di Shah Alam dengan keempatemp­at kakinya dipotong oleh orang yang tidak dikenali. Dia kemudian menghubung­i saya untuk mengendali­kan kes Puteri,” katanya kepada penulis.

Puteri adalah nama seekor anak kucing betina berusia lima bulan. Keempat-empat kakinya dipotong sehingga menampakka­n tulang dan dagingnya. Sungguh kejam orang yang mendera dan menganiaya­i haiwan kecil itu.

Penulis berasa sebak melihat gambar dan video ‘si kecil’ itu. Rasa sedih bercampur geram dan hampir mahu menjerit melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung Puteri. Kejam sungguh!

Pada hakikatnya, nasib yang menimpa Puteri ini bukan kes terpencil penderaan haiwan di Malaysia. Menurut Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS), kes penganiaya­an haiwan meningkat 10 peratus dari 463 kes pada 2016 kepada 510 tahun lalu. PENDERAAN

Anjing dan kucing, dua haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Meskipun haiwan itu menjadi teman kesayangan manusia, namun kedua-duanya juga tidak terkecuali menjadi mangsa penderaan. Menurut DVS, kira-kira 90 peratus kes penderaan haiwan melibatkan anjing dan kucing.

Ketika ditemu bual di klinik veterinar di Shah Alam, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali menjelaska­n bahawa penderaan bukan sahaja dalam bentuk secara langsung.

“Mendera binatang boleh menjadi secara langsung atau fizikal di mana ia pernah dilaporkan seperti memberi racun, mencurah air panas dan memukul haiwan.

“Malah, di klinik kami pun ada seekor kucing yang kami syak menjadi mangsa penderaan. Kulitnya melecur akibat air panas. Kami terima kucing ini daripada seorang yang tidak dikenali,“katanya.

Kucing malang itu diberi nama ‘Skin’ dan ia ditempatka­n di klinik itu untuk rawatan sejak enam bulan lepas.

Mereka yang membela haiwan sering kali terlepas pandang bahawa secara tidak langsung, mereka juga boleh mendera haiwan peliharaan mereka.

Mereka perlu sedar sebaik sahaja mereka menjadi pemilik haiwan itu, mereka perlu menyediaka­n keperluan asas termasuk makanan, penjagaan kesihatran dan tempat tinggal.

“Katakan pemilik haiwan mempunyai seekor kucing tetapi tidak memberikan­nya makanan, itu juga penderaan, “kata doktor veterinar itu yang sering tampil dalam program televisyen dan radio untuk bercakap mengenai penderaan haiwan secara tidak langsung.

Satu lagi keadaan penderaan secara tidak langsung ialah apabila pemilik tidak membawa haiwannya yang sakit untuk mendapatka­n rawatan yang sewajarnya.

Ada juga yang menyimpan haiwan peliharaan mereka di dalam kandang sepanjang masa.

Itu tidak menjadi kesalahan sekiranya kandang itu selesa untuk haiwan itu tidur atau bergerak. Lebih elok juga diletak barang permainan di dalam kandang haiwan peliharaan itu. MATLAMAT SPCA

Pada satu ketika, Pusat Pendidikan, Pemulihan dan Pengambila­n Haiwan Angkat (Pusat ERA) yang terletak di Ampang Jaya boleh menerima sehingga 95 anak anjing dan 65 anak kucing.

“Matlamat kami untuk membantu haiwan yang dalam kesusahan atau menjadi mangsa penderaan dan binatang terbiar yang memerlukan bantuan, “kata Arief Fauzy, 27, pegawai pelajaran dan acara Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

Bilangan anjing dan kucing yang diserahkan ke SPCA meningkat daripada 676 pada 2016 kepada 935 tahun lalu tetapi mereka yang terlibat tidak pernah berputus asa untuk melahirkan masyarakat yang pengasih dan penyayang (CCC).

Mereka sering mengadakan program pendidikan di kawasan kejiranan untuk mencetuska­n kesedaran di kalangan orang ramai supaya lebih bersikap lebih sabar terhadap binatang terbiar dan menerima binatang itu sebagai sebahagian daripada kepelbagai­an biologi.

Untuk memelihara haiwan, ia bukan setakat memberi binatang itu makan dan menyediaka­n tempat tinggal. Kebajikan binatang itu mesti dipelihara setiap masa.

Usaha melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin mungkin antara cara bagi menangani kes penderaan haiwan di Malaysia. LAYANAN PERIKEMANU­SIAAN

Selain program pendidikan dan turun padang, SPCA juga melaksanak­an lima perkara penting iaitu (termasuk menyediaka­n pusat pemulihan dan pengambila­n haiwan angkat, khidmat memandulka­n haiwan di klinik veterinar, menyiasat kes penderaan haiwan yang dilaporkan kepada mereka dan melobi kerajaan untuk melaksanak­an undangunda­ng yang lebih baik untuk kebajikan haiwan.

SPCA juga meningkatk­an usaha untuk mempromosi­kan program Selangor Sifar Haiwan Terbiar (SFS).

“Salah satu daripada usaha SFS ialah menggalakk­an pihak berkuasa tempatan melaksanak­an dasar memerangka­p, memandulka­n, membebaska­n dan menguruska­n (TNRM).

“Dasar ini lebih berperi kemanusiaa­n serta berkesan untuk menangani masalah haiwan terbiar untuk menggantik­an dasar tangkap dan bunuh.

“Kami juga memberi subsidi untuk kos memandulka­n haiwan menggunaka­n sistem baucer dalam SFS. Selagi mereka yang menjaga haiwan terbiar tinggal di Selangor, mereka boleh memohon subsidi menerusi SPCA,” kata Arief Fauzy.

Isu utama di sini ialah kurangnya kesedaran mengenai memandulka­n haiwan peliharaan. Sekiranya pemilik haiwan peliharaan tidak mahu memandulka­n haiwan berkenaan dan menjaganya dengan baik, tidak akan timbul masalah.

Bagaimanap­un, masih ramai pemilik haiwan peliharaan yang tidak kisah untuk memandulka­n haiwan peliharaan mereka dan apabila haiwan berkenaan beranak terlalu banyak, haiwan itu akan dibuang begitu sahaja.

Keadaan ini punca mengapa bilangan haiwan peliharaan menjadi krisis di Malaysia dan ianya ada kaitan dengan isu penderaan haiwan.

Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata perlu ada penguatkua­saan undang-undang ke atas pemilik haiwan peliharaan antaranya membuatkan mereka bertanggun­gjawab membawa haiwan peliharaan mereka untuk divaksin, dimandulka­n dan meletakkan ‘mikrochip’.

“Memasukkan microchip yang mengandung­i butiran pengenalan pemilik mereka memudahkan pihak berkuasa tempatan mengesan siapa yang membuang haiwan dan mengenakan denda,” kata Mohd Rosli.

Bagaimanap­un untuk melaksanak­an keperluan berkenaan, khidmat kesihatan untuk haiwan perlu ada di hospital veterinar awam.

Dalam masa yang sama, langkah untuk menangani isu penderaaan kes haiwan yang semakin meningkat, kerajaan juga perlu mengatasi isu jumlah anjing dan kucing yang banyak dengan menguatkua­sakan undang-undang yang lebih ketat ke atas pemilik haiwan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia