Utusan Borneo (Sarawak)

Disney perolehi AS$7.325 bilion di box office pada tahun 2018

-

DISNEY mencatatka­n tahun terbaik keduanya di box office dalam sejarah, dengan mengaut AS$7.325 bilion di seluruh dunia bagi segalanya daripada ‘Black Panther’ dan ‘Avengers: Infinity War’ hingga kepada filem sekuel animasi ‘Incredible­s 2’ dan filem terbaharu ‘Star Wars’.

Disney kekal sebagai satu-satunya studio yang pernah mencatatka­n lebih AS$7 bilion dalam resit ‘box office’ tahunan.

Pada 2016, ia merekodkan tahun terbaiknya dengan AS$7.6 bilion.

“Terima kasih bagi sokongan peminat Disney, Pixar, Marvel Studios dan Lucasfilm di seluruh dunia, ia adalah tahun yang amat hebat sekali bagi The Walt Disney Studios,” pengerusi Alan Horn menyebut dalam satu kenyataan.

Di Amerika Utara, Disney mengaut hampir AS$3.1 bilion, satu rekod industri baharu, hasil kejayaan besar ‘Black Panther’, ‘Avengers: Infinity War’ dan ‘Incredible­s 2’ – semuanya sekarang dalam kelompok 10 filem paling laris sepanjang zaman.

Setiap daripadany­a mengaut lebih AS$600 juta di Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada keseluruha­nnya, tiga filem tersebut sahaja mengaut AS$4.64 bilion di seluruh dunia.

Kejayaan lain dalam terbitan Disney termasuk filem adiwira Marvel ‘Ant-Man and The Wasp’, ‘Solo: A Star Wars Story’ dan ‘Mary Poppins Returns’ – yang sudah pun mengaut lebih AS$200 juta di seluruh dunia dan masih ditayangka­n di pawagam.

Pada 2019, Disney menjangkak­an satu lagi tahun yang hebat di layar perak, dengan ‘Captain Marvel’ dan ‘Avengers: Endgame’ yang mendahului cabaran Marvel pada musim bunga, dan ‘Frozen 2’ dijadualka­n pada hujung tahun, selain ‘Star Wars: Episode IX’.

Versi baharu bagi filem animasi klasik ‘Dumbo’, ‘Aladdin’ dan ‘The Lion King’ bakal tiba, sama seperti ‘Toy Story 4’ terbitan Pixar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia