Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil kerah tentera kekang penjenayah

Wilayah timur laut bergolak teruk gara-gara keganasan beberapa kumpulan gangster

-

RIO DE JANEIRO: Kerajaan Brazil telah mengarahka­n pasukan tentera ke bahagian timur laut negara kelmarin bagi mengawal keganasan yang didalangi beberapa kumpulan penjenayah dalam ujian pertama platform undang-undang dan peraturan tegas oleh presiden haluan kanan baharu Jair Bolsonaro.

Bolsonaro menyatakan pengerahan 300 anggota tentera ke wilayah Ceara untuk tempoh 30 hari akan datang sebagai sesuai, segera dan efektif serta perlu bagi melindungi penduduk tempatan.

Ia dilakukan selepas rangkaian serangan di Ceara sejak beberapa bulan lepas yang menyasarka­n bangunan awam dan bank yang telah melibatkan ramai anggota polis.

Kebanyakan­nya berlaku di bandar utama negara Fortaleza, di mana jalan raya utama lengang pada waktu siang dan sampah sarap bertimbun tanpa dikutip kerana perkhidmat­an yang dihentikan.

Bandar-bandar lain turut terjejas.

Laporan perisikan yang disiarkan media Brazil mengaitkan keganasan dengan reaksi beberapa kumpulan gangster terhadap beberapa cubaan untuk menamatkan kawalan mereka di beberapa penjara melalui cara memisahkan banduan secara penggabung­an dan menyekat isyarat telefon bimbit.

Keputusan untuk menghantar pasukan tentera telah dilakukan oleh menteri kehakiman baharu Sergio Moro, bekas hakim berprofil tinggi yang mengawasi siasatan rasuah terbesar di Brazil yang digelar ‘Car Wash’.

Gabenor Ceara berasal daripada pakatan sayap kiri Parti Buruh, yang menjadi pihak pembangkan­g dalam pilihan raya Bolsonaro dan sekutu ultra konservati­fnya.

Bolsonaro telah memegang jawatan tersebut dengan janji- janji untuk membantera­s sepenuhnya jenayah dan rasuah, menuduh Parti Buruh gagal melaksanak­an polisi- polisi ketat terhadap penjenayah.

Brazil mempunyai populasi penjara ketiga paling besar di dunia, di belakang Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan hampir 730,000 banduan pada 2016.

Pusat tahanan menjadi terlalu sesak dan terdedah kepada kumpulan gangster yang kebanyakan­nya bersikap ganas — AFP

 ??  ?? MELAMPAU: Gambar keluaran O Povo menunjukka­n orang ramai mundar-mandir berlatarbe­lakangkan trak yang dibakar semasa gelombang keganasan gangster di negeri timur laut Ceara, dalam kawasan kejiranan Conjunto Palmeiras di bandar Fortaleza pada Khamis lalu. — Gambar AFP
MELAMPAU: Gambar keluaran O Povo menunjukka­n orang ramai mundar-mandir berlatarbe­lakangkan trak yang dibakar semasa gelombang keganasan gangster di negeri timur laut Ceara, dalam kawasan kejiranan Conjunto Palmeiras di bandar Fortaleza pada Khamis lalu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia