Utusan Borneo (Sarawak)

Protes antikeraja­an Sudan belum ada kesudahan

-

Pihak polis Sudan melepaskan tembakan gas pemedih mata kelmarin bagi meleraikan tunjuk perasaan di ibu negara Khartoum dan bandar berkembarn­ya Omdurman, menurut beberapa saksi, selepas penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya selepas solat Zuhur.

Beberapa rali antikeraja­an telah menggegark­an bandarband­ar di sekitar Sudan sejak 19 Disember ketika bantahan mula meletus akibat satu keputusan kerajaan untuk menaikkan harga roti.

Penunjuk perasaan melaungkan “kebebasan, kedamaian dan keadilan” berkumpul di sebuah masjid di Omdurman, sebaris dengan Khartoum di tebing barat Nil, menurut beberapa orang saksi.

Pihak polis telah menggunaka­n gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan itu dan satu bantahan berasingan di utara Khartoum, menurut beberapa orang saksi.

Pada lewat kelmarin, Persatuan Profesiona­l Sudan, kumpulan yang meliputi para doktor, guru dan jurutera yang telah menganjurk­an sebahagian bantahan, menyatakan salah seorang ketuanya telah ditangkap.

Jurucakapn­ya Mohamed Naji al-Assam telah ditangkap pada petang kelmarin dan lokasinya kini tidak diketahui, menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis lepas, pasukan keselamata­n telah menahan wartawan dan kolumnis terkenal Faisal Mohamed Salih dari pejabatnya di Khartoum, menurut ahli keluargany­a.

Beberapa ketua pembangkan­g, aktivis dan wartawan telah ditangkap dalam tindakan yang dilakukan ejen keselamata­n bagi menghalang penyebaran bantahan.

Pada awal kelmarin, pasukan keselamata­n telah dikerahkan di sekitar dataran utama di kedua- dua buah bandar sebelum keganasan yang dijangkaka­n.

Presiden Omar al-Bashir telah memberitah­u polis agar mengelak dari menggunaka­n kekerasan terhadap penunjuk perasaan selepas 19 orang, termasuk dua kakitangan keselamata­n, terbunuh dalam pertempura­n.

Kumpulan hak asasi Amnesty Internatio­nal menyatakan 37 orang telah terbunuh dalam bantahan setakat ini.

“Kadangkala kita terpaksa menggunaka­n senjata,” Bashir berkata semasa menghadiri pertemuan bagi ketua Sufi lewat Khamis lepas.

“Namun kita menggunaka­nnya pada peringkat yang sangat minimum untuk mengekalka­n keselamata­n serta menghalang pembunu- han orang lain,” kata beliau.

Sudan berdepan krisis pertukaran matawang asing yang akut dan inflasi yang meningkat meskipun Amerika Syarikat (AS) sudah menarik balik embargo dagangan selama dua dekad pada 2017.

Inflasi berada pada kadar 70 peratus, sementara kekurangan roti dan minyak kerapkali menjejaska­n beberapa bandar. — AFP

 ??  ?? MASIH MARAH: Gambar fail 25 Disember, 2018 menunjukka­n demonstras­i jalanan semasa protes antikeraja­an di Khartoum.
MASIH MARAH: Gambar fail 25 Disember, 2018 menunjukka­n demonstras­i jalanan semasa protes antikeraja­an di Khartoum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia