Utusan Borneo (Sarawak)

Ruang pameran baharu Rozel dirasmikan

Ruang pameran yang luas ini mencermink­an gaya hidup moden yang kian berkembang

- Oleh Agnes Tugong

K U C H I N G : R o z e l Corporatio­n Sdn Bhd (Rozel) merasmikan pembukaan ruang pameran terbaharu di bandar raya ini semalam yang terletak di Jalan Tun Jugah di sini.

Ruang pameran tiga tingkat ini merupakan ruang pameran tunggal Rozel di negeri ini yang menawarkan rangkaian perabot mewah berkualiti tinggi, selesa dan moden.

Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, ruang pameran baharu ini menawarkan pelbagai pilihan perabot yang diperbuat daripada kulit asli dan kayu premium Rozel.

Berucap pada majlis perasmian ruang pameran baharu Rozel semalam, Pengarah Urusan Rozel Corporatio­n, Gan Tai Hwa berkata ruang pameran yang luas ini mencermink­an gaya hidup moden yang kian berkembang.

Dengan saiz dua kali lebih besar berbanding ruang pameran sebelum ini di Travillion Mall, ruang pameran baharu ini menawarkan lebih banyak pilihan perabot premium kepada pelanggan.

Menurut Gan, Rozel akan memanfaatk­an keluasan ruang ini untuk mempamerka­n koleksi- koleksi mereka yang merangkumi koleksi permulaan Lifestyle, koleksi pertengaha­n Signature dan koleksi paling mewah Rozel Gold di samping koleksi premium Khayu.

“Ruang pameran ini memperagak­an pelbagai gabungan perabot daripada koleksi minimalis yang sesuai untuk kondominiu­m kecil kepada koleksi mewah untuk kediaman yang lebih besar.

“Kesemua produk kami direka bentuk untuk memastikan pelanggan kami menikmati sepenuh keselesaan dan kemewahan,” ujarnya.

Dalam pada itu Rozel ini mempunyai 16 ruang pameran perabot di seluruh negara dan kejayaan Rozel mencermink­an pencapaian baharu bagi syarikat semenjak ia mula beroperasi 28 tahun yang lalu.

Koleksi Rozel Lifestyle membentuk rangkaian permulaan perabot mewah Rozel yang menawarkan perabot kulit Bovin terkemuka tinggi pada harga antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi rangkaian sofa.

Manakala Koleksi Rozel Signature menggunaka­n kulit premium Muza yang menawarkan perabot dengan jahitan kemasan yang lebih halus.

Rangkaian sofa Rozel Signature dihasilkan menurut perkembang­an fesyen dan berharga antara RM10,000 dan RM20,000.

Manakala rangkaian perabot dalam koleksi Rozel Gold diperbuat daripada kulit Anilina yang lebih tinggi kualitinya, lembut, tebal serta lengkap dengan kelim dan jahitan yang kemas.

Dengan reka bentuk yang lebih luas dan lebih besar untuk menambahka­n keselesaan, koleksi ini membawakan jenama Rozel ke tahap kemewahan dan gaya yang terunggul dan kesemua sofa Rozel Gold berharga lebih daripada RM20,000.

Sempena dengan perasmian pembukaan ruang pameran baharu ini semalam, Roze turut menawarkan hadiah iPhone XR untuk pelanggan bertuah, tebusan RM600 dengan pembelian RM9,990 dan diskaun penghantar­an 50 peratus ke Bintulu, Miri dan Sibu tertakluk kepada terma dan syarat.

Ruang pameran Rozel in dibuka setiap hari bekerja dar jam 10 pagi hingga 8 malam dan dari 10 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Turut hadir, Pengurus Besar Rozel Ng Biau Soon Pengurus Cawangan, Eric Tham, Pengurus Jualan Alex Chan dan Pengurus Pemasaran Steven Gan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI: Gan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Eric (dari kanan), Alex, Ng dan Steven di hadapan ruang pameran baharu Rozel yang dirasmikan semalam.
PELBAGAI: Gan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Eric (dari kanan), Alex, Ng dan Steven di hadapan ruang pameran baharu Rozel yang dirasmikan semalam.
 ??  ?? GAYA HIDUP MASA KINI: Gan berucap pada perasmian pembukaan ruang pameran terbaharu Rozel di Jalan Tun Jugah Kuching semalam.
GAYA HIDUP MASA KINI: Gan berucap pada perasmian pembukaan ruang pameran terbaharu Rozel di Jalan Tun Jugah Kuching semalam.
 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Premis Ka Khing yang terletak di Kota Padawan Batu 10 di Kuching.
KUNJUNGI KAMI: Premis Ka Khing yang terletak di Kota Padawan Batu 10 di Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia