Utusan Borneo (Sarawak)

2019 tahun mencabar untuk ekonomi Malaysia

-

Tempoh 2019 akan menjadi tahun mencabar bagi ekonomi Malaysia berikutan impak faktor luaran termasuk pertikaian perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China yang berlanjuta­n, kebimbanga­n geopolitik di Timur Tengah, pelaksanaa­n monetari global yang lebih ketat serta ketidakten­tuan harga minyak.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini akan menyebabka­n ekonomi Malaysia terutamany­a pasaran saham tidak terkecuali daripada impak faktor tersebut.

Namun, beliau sebaliknya optimis dengan keupayaan ekonomi negara untuk kekal pada haluan pertumbuha­n yang stabil, didorong oleh permintaan luaran serta domestik.

“Walaupun menem- puh tahun yang bergolak, pasaran saham kita ternyata kekal berdaya tahan berbanding pasaran di Singapura, Thailand, Hong Kong dan China.

“Malah, dalam keadaan aliran keluar modal yang besar membabitka­n negara pasaran sedang pesat membangun dan ASEAN tahun ini, indeks petunjuk utama tempatan FBM KLCI mencatat penyusutan 5.8 peratus setakat akhir November berbanding pasaran Asia lain yang merosot antara 9.1 peratus hingga 22.7 peratus,” katanya ketika menyampaik­an ucap tama pada majlis MarketPlac­e @ Penang 2019 di sini, semalam.

Menurut Lim ini turut menyaksika­n Malaysia muncul sebagai pasaran saham kedua terbaik di rantau Asia Pasifik.

Beliau berkata, aktiviti dagangan di pasaran saham tempatan juga kekal memberangs­angkan dengan purata nilai dagangan harian menghampir­i RM2.5 bilion setakat akhir November 2018 walaupun di dalam persekitar­an pasaran ekuiti global yang mencabar serta faktor termasuk perang perdaganga­n AS-China.

“( Angka itu) masih merupakan satu peningkata­n berbanding RM2.3 bilion pada tahun lepas yang secara amnya menggambar­kan bahawa minat terus utuh ketika para pelabur mengambil kesempatan terhadap ketidakten­tuan pasaran,” katanya.

Lim juga yakin jika resolusi perang perdaganga­n AS-China dapat dicapai, ini berkemungk­inan besar akan mendorong peningkata­n pasaran saham yang banyak bergantung kepada perkembang­an faktor luaran.

Di pihak kerajaan, pelbagai dasar dan pendekatan telah diperkenal­kan bagi memperting­katkan pasaran modal, katanya.

“Ini termasuk pengecuali­an duti setem ke atas transaksi Dana Dagangan Bursa, SW (Waran Berstruktu­r), saham syarikat bermodal kecil dan sederhana yang diperkenal­kan bagi menggalakk­an penyertaan pelabur dalam segmen itu di pasaran,” katanya.

Selain itu, berdasarka­n cabaran yang ada, beliau menggesa rakyat agar memperting­kat aspek ‘celik’ kewangan masing-masing serta berusaha menyelami kaedah pengurusan kewangan dengan lebih pintar, khususnya membabitka­n pelaburan dalam persekitar­an yang dikawal selia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia