Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM jamin harga ikan tidak akan naik

-

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga makanan laut terutama ikan tidak akan mengalami peningkata­n walaupun keadaan cuaca tidak menentu pada masa kini.

Pengerusin­ya, Muhammad Faiz Fadzil berkata pihak LKIM telah membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan ikan mencukupi.

“Kami jamin harga ikan tidak akan naik sebab kami membuat persediaan awal bagi memastikan stok mencukupi. LKIM menerusi pelbagai pihak di bawah agensi ini ada menyimpan dan menambah stok ikan dan kami juga ada bekalan ikan sejuk segar dengan harga murah, jadi usaha yang kami buat itu akan dapat menstabilk­an harga ikan.

“Kami tidak ada satu punca kuasa untuk menetapkan harga ikan di pasaran jadi kami perlu bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan tidak ada kenaikan harga mendadak, tapi di peringkat LKIM apa yang kami mampu lakukan ialah memastikan bekalan ikan mencukupi dan harga ikan stabil terutama pada musim tengkujuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan juga mengambil langkah untuk mengehadka­n pengeskpor­tan ke luar negara bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

“Sepanjang Januari dan Februari ini, kerajaan telah hadkan pengekspor­tan beberapa jenis ikan ke luar negara seperti ikan kembong dan bawal. Usaha ini untuk memastikan ikan dalam negara mencukupi, ada juga peniaga yang eksport ke luar tapi kami telah arahkan untuk hadkan eksport ikan berkenaan,” katanya.

B a g a i m a n a p u n , Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Abdul Hamid Bahari berkata beliau menjangkak­an harga makanan laut terutamany­a ikan akan mengalami kenaikan harga.

“Ya, kami jangkakan harga ikan akan naik terutamany­a bekalan ikan segar susulan keadaan cuaca buruk kebelakang­an ini, angin kencang, ribut dan sebagainya yang menyukarka­n nelayan untuk ke laut, tetapi harga ikan akan turun apabila cuaca kembali seperti biasa.

Namun harga barang makanan lain tidak akan terjejas, katanya.

Sementara itu, suri rumah Sakinah Taib, 35, berkata belum ada kenaikan harga ikan seperti yang didakwa namun beliau sedia maklum keadaan cuaca buruk bakal memberi kesan terhadap kenaikan harga ikan.

“Setakat ini, harga ikan masih lagi sama… biasa beli ikan kembong dengan harga RM18-RM20 sekilo, ikan selayang pun masih lagi RM10 untuk sekilogram, tetapi agak sukar untuk mendapatka­n ikan yang segar dan kualiti baik,” kata pengusaha kedai makan yang biasa membeli bekalan ikan di sekitar Kuala Terengganu.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia dalam kenyataan semalam mengeluark­an penamatan amaran ribut tropika Pabuk setelah kedudukan ribut tropika itu semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia