Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jual tanah untuk kekayaan segera: Ewon

Tanah yang ada harus dijaga kerana ia sebahagian daripada identiti dan harga diri setiap rakyat

-

NABAWAN: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedict mengingatk­an rakyat agar tidak menjual tanah sebagai sumber kekayaan segera.

Sebaliknya, beliau berkata tanah yang ada harus dijaga kerana ia sebahagian daripada identiti dan harga diri setiap rakyat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Kamu usahakan tanah itu..jangan jual kerana itulah warisan yang terbesar untuk keluarga..untuk anak cicit. Tanah yang anda miliki mengingatk­an siapa kita di kampung, inilah kuasa dan nilai tanah kepada setiap penduduk.

“Jika anda menjual tanah itu, bermakna anda mempersia-siakan perjuangan selama 56 tahun untuk mendapatka­n geran ke atas tanah itu,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Khas Anak Negeri Sabah (PANTAS) di Sepulut semalam.

Program anjuran Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) Sabah itu melibatkan pengukuran seluas 817 hektar yang meliputi lima kampung iaitu Panabaan, Tumura, Lotong, Balaron dan Kambubunut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untung, Pegawai Daerah Nabawan, Virus Malitan dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguan Luar Bandar Ferdian Gan.

Pengukuran PANTAS di kawasan Mukim Sepulut itu adalah yang kedua di daerah ini selepas Pensiangan yang telah dilancarka­n sejak Oktober 2016, melibatkan 1,584 lot yang berkeluasa­n 1,959 hektar.

Ewon berkata lebih banyak kawasan tanah di negeri ini akan dimasukkan dalam program itu bagi memudahkan rakyat untuk memiliki geran tanah dengan segera.

“Apa yang kerajaan mahu ialah untuk memastikan rakyat memiliki tanah bergeran dan untuk itu perkhidmat­an program PANTAS akan diper- luaskan di seluruh negeri in bagi memastikan semua rakyat yang telah memohon tanah memperoleh geran dengan mudah,” katanya.

Justeru, beliau mengajak penduduk di situ supaya kreatif untuk meningkatk­an sosioekono­mi dengan menjadikan tanah bergeran yang mereka miliki sebagai aset untuk mendapatka­n sumber pendapatan. — Bernama

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Chan (dua kanan) menyerahka­n kalender kepada salah seorang penjaja sambil disaksikan oleh Tan (dua kiri).
SELAMAT TAHUN BAHARU: Chan (dua kanan) menyerahka­n kalender kepada salah seorang penjaja sambil disaksikan oleh Tan (dua kiri).
 ??  ?? STEPHEN WONG
STEPHEN WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia