Utusan Borneo (Sarawak)

Pabuk badai selatan Thailand

Banjir, bekalan elektrik terputus, pulau-pulau utara terselamat

-

NAKHON SI THAMMARAT: Banjir dan ketiadaan elektrik berpunca daripada kemaraan Ribut Tropika Pabuk telah menyebabka­n hampir 30,000 orang berlindung di pusat pemindahan di seberang selatan Thailand semalam, ketika pelancong yang berasa lega terkandas di pulau- pulau di utara terselamat darioada keadaan yang lebih teruk serta mula untuk merancang perjalanan pulang.

Pabuk, sistem cuaca sekali dalam tiga dekad, membawa angin sekuat 75 kilometer sejam, hujan lebat dan ombak kuat ketika melanda seluruh bahagian selatan negara kelmarin, menumbangk­an tiang kabel elektrik dan menyebabka­n banjir meluas.

Seorang nelayan meninggal dunia di wilayah selatan Pattani awal kelmarin ketika ombak tinggi menghempas botnya dan anggota kru yang lain dilaporkan hilang.

Namun ribut tersebut jauh dari pulau pelanconga­n utama Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao di mana jumlah pelancong yang ramai berjaga-jaga selama 24 jam dalam keadaan hujan lebat, tidak dapat keluar kerana lapangan terbang ditutup dan perkhidmat­an feri dibatalkan.

“Tiada kematian, keadaan terang sedikit pada hari ini dan saya yakin beberapa segelintir pelancong akan dapat pergi dari sini pada hari ini ketika feri dan penerbanga­n diteruskan semula,” menurut Kittipop Roddon, ketua daerah Koh Samui.

Namun amaran bendera merah melarang aktiviti berenang yang biasanya dilakukan di pantai-pantai terkenal pada masa ini masih diteruskan.

“Ia telah berlalu. Semua 10,000 pelancong selamat, saya berasa lega,” Krikkrai Songthanee, ketua daerah kawasan berhampira­n Koh Phangan, pulau yang terkenal dengan pesta bulan penuhnya, sambil menambah bahawa hanya kerosakan kecil berlaku disebabkan angin kencang.

Namun pengunjung yang bercuti yang mahu meninggalk­an pulau itu berdepan penangguha­n yang lama ketika perkhidmat­an pengangkut­an perlahan-lahan dibuka semula semalam.

Ribut mulai reda awal semalam kepada angin dengan kelajuan berkuranga­n ketika ia bergerak ke Laut Andaman, menurut Jabatan Meteorolog­i.

Pabuk melanda tengah hari Jumaat di wilayah Nakhon Si Thammarat, hab pelanconga­n selatan di Teluk Thailand, membadai wilayah pantai dengan hujan lebat.

Pihak berkuasa memberikan amaran banjir kilat ketika beberapa bahagian masih lagi ditenggela­mi air akibat kom- binasi penurunan hujan dan ombak yang membadai.

Kira-kira 200,000 orang terputus bekalan ketika beberapa batang tiang elektrik tumbang akibat angin kuat atau pokok tumbang.

Kira-kira 30,000 pelanggan masih tiada bekalan elektrik pada awal semalam, menurut perkembang­an terbaharu daripada jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana.

Kira-kira 30,000 yang lain masih berada di pusat penempatan sementara, menunggu banjir surut dan bekalan elektrik dipasang semula, tambahnya.

Pabuk melanda ketika kemuncak musim pelanconga­n, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap sektor yang menyumbang­kan pendapatan yang amat penting kepada ekonomi Thailand.

Thailand dijangka menyambut 40 juta pelancong pada tahun ini. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia