Utusan Borneo (Sarawak)

JENAYAH DIGEMPUR

Polis lancar operasi besarbesar­an di Taman Perindustr­ian Ringan Muara Tabuan.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis Sarawak melancarka­n operasi besar-besaran membantera­s kegiatan jenayah di sekitar Taman Perindustr­ian Ringan Muara Tabuan bermula kelmarin.

Operasi tersebut adalah susulan aduan para pengusaha di kawasan itu berhubung kegiatan kecurian dan pecah masuk yang semakin membimbang­kan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata, sehingga semalam sahaja seramai tujuh lelaki telah ditangkap dalam operasi tersebut.

“Lima lelaki telah ditangkap dalam operasi tersebut pada sebelah pagi (semalam) untuk membantu kita dalam siasatan kes kecurian serta pecah masuk.

“Manakala pada sebelah petang pula, dua lagi ditangkap juga di sekitar kawasan Taman Perindustr­ian Ringan Muara Tabuan dipercayai suspek curi besi dan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau yakin pihaknya akan dapat mengesan lebih ramai suspek yang aktif melakukan jenayah di sekitar kawasan tersebut dengan penangkapa­n tujuh individu terbabit.

Operasi tersebut yang diketuai Denis dan dibantu ASP Ooi Jin Bing dan Inspektor Ushananthi Chandran, turut disertai anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Terdahulu, satu sesi dialog antara polis dan para pengusaha di kawasan perindustr­ian tersebut telah diadakan untuk membincang­kan isu-isu keselamata­n.

“Pada sesi dialog tersebut, seramai 13 pengusaha masing-masing meluahkan rasa bimbang berkenaan isu keselamata­n di kawasan itu,” kata Denis.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pending, Violet Yong.

Kedua-dua wakil rakyat terbabit turut memberi pandangan mengenai kepentinga­n kerjasama semua pihak dalam memperbaik­i isu keselamata­n serta kesejahter­aan secara menyeluruh di kawasan tersebut.

 ??  ?? SUDAH REPUT: Mayat warga Indonesia yang dijumpai pagi semalam. TUMPAS: Dua individu dicekup selepas dipercayai terlibat kes curi besi dan motosikal.
SUDAH REPUT: Mayat warga Indonesia yang dijumpai pagi semalam. TUMPAS: Dua individu dicekup selepas dipercayai terlibat kes curi besi dan motosikal.
 ??  ??
 ??  ?? TANGKAP: Lima individu ditangkap untuk membantu siasatan kes kecurian dan pecah masuk.
TANGKAP: Lima individu ditangkap untuk membantu siasatan kes kecurian dan pecah masuk.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia