Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sokong inisiatif KPM perkenal buku teks versi digital

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong sepenuhnya inisiatif Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memperkena­lkan buku teks versi digital.

Bagaimanap­un menurut Presidenny­a Ahmad Malie, kementeria­n perlu mengambil kira semua aspek dalam penyediaan buku teks versi digital ini.

“Dalam menyantuni perkembang­an dunia moden masa kini khususnya dalam era revolusi digital, KGBS tidak menolak perkembang­an terkini dalam transforma­si pendidikan yang berkaitan dengan program atas talian.

“KGBS amat menyokong sepenuhnya hasrat KPM ke arah tersebut namun pada masa yang sama mengingatk­an KPM akan kesediaan kita dari segi kapasiti capaian Internet negara.

“Sekiranya sudah bersedia, KGBS tidak mempersoal­kan usaha tersebut umpamanya penyediaan buku teks secara digital untuk kegunaan murid mulai tahun ini,” katanya.

Tambah Ahmad, apa yang menjadi kemusykila­n KGBS ketika ini ialah kemampuan capaian Internet yang masih lemah serta akan menimbulka­n masalah akses kepada murid di luar bandar dan pedalaman.

“Sekiranya usaha buku teks digital ini diteruskan juga, sudah pasti sistem pembelajar­an murid akan terganggu.

“Selain itu, kemampuan murid untuk memiliki gajet berkaitan juga akan menjadi persoalan.

“Sekiranya mereka tidak mampu maka kesan berganda akan menimpa murid berk- enaan,” katanya.

Justeru, melihat kepada beberapa justifikas­i ini, KGBS merayu dan menggesa agar KPM mencari jalan terbaik untuk menyediaka­n buku teks dalam tempoh transisi ini.

KGBS turut berpandapa bahawa KPM tidak perlu tergesa-gesa yang akhirnya akan membebanka­n para pelajar.

Sekiranya semua prasarana sudah siap dan lengkap, KGBS tidak membantah malahan menyokong sepenuhnya dem kelestaria­n sistem pendidikan kita pada masa akan datang ujar Ahmad. Dalam pada itu buku teks versi digital in boleh didapati secara percuma di telefon menerusi aplikas daripada KPM untuk semua subjek tahun satu, tahun enam, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia