Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Akhyar Rashid: KFA tutup pintu rundingan dengan FAM

-

Persatuan Bola Sepak Kedah ( KFA) menutup pintu rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali gus kekal dengan keputusan membawa kes perpindaha­n kontrovers­i membabitka­n Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Mahkamah Timbang Tara (CAS).

Setiausaha Kehormatny­a, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata bagaimanap­un KFA sentiasa bersikap profesiona­l dan terbuka sekiranya FAM mahu berbincang mengenai perkara lain termasuk mengenai liga bola sepak.

“Kalau isu Akhyar, sudah terlambat kerana rundingan telah ditutup tapi kalau perkara lain yang berkaitan dengan sukan bola sepak kita terbuka. Sebelum ini, kita telah membuat rayuan kepada FAM namun keputusan yang dibuat badan induk itu dilihat tidak adil dalam menangani isu tersebut.

“Kalau betul hendak bincang, dari peringkat awal lagi sudah buat tetapi keputusan yang dibuat sebelum ini pun sama sekali tidak melibatkan KFA jadi pihak KFA telah ambil kira semua prosedur dan melihat CAS adalah jalan terbaik untuk selesaikan isu ini,” katanya kepada pember- ita ketika ditemui di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini, semalam.

Beliau berkata KFA juga telah melantik peguam yang kini sedang melihat serta mengkaji kes tersebut sebelum memfailkan­nya kepada CAS dalam masa terdekat.

“Kita akan failkan kes ini dan kos untuk bawa ke CAS ini dianggarka­n sekitar RM100,000 Di sini, saya juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong Kedah termasuk penyokong dan persatuan dar negeri lain yang turut sama memberi sokongan moral dan kewangan kepada KFA,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANDA ISU: Aksi Akhyar ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan Disember lalu.
— Gambar Bernama DILANDA ISU: Aksi Akhyar ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia