Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Long Nabir dan Kampung Bahagia disasar sebagai lokasi APFNet

-

Komuniti Kelabit di Kampung Long Nabir dan komuniti Penan di Kampung Bahagia di Sungai Medihit, Ulu Limbang disasarkan sebagai lokasi Pembanguna­n Rangkaian Asia-Pasifik Pengurusan dan Pemulihara­an Hutan Berterusan (APFNet).

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad berkata, projek tersebut dimulakan secara rasmi pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017 yang merangkumi kawasan seluas 35,400 hektar.

Bagaimanap­un katanya, projek APFNet itu dilanjutka­n dan diluluskan sehingga 31 Mei 2018.

“Objektif projek itu adalah untuk mempromosi­kan kemampanan pengurusan hutan di Sungai Medihit dengan membangunk­an kapasiti komuniti, menunjukka­n modal operasi dan inovatif serta menubuhkan mekanisme baharu untuk pembanguna­n komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalanny­a Jack Liam pada Majlis Penutupan Seminar APFNet 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hamden berkata hasil daripada projek itu, pihaknya berjaya meningkatk­an pengurusan komuniti dan pembanguna­n kapasiti komuniti di kedua-dua kampung terbabit.

Projek itu katanya, amat selari dengan inisiatif kerajaan negeri ke arah menguruska­n kemampanan hutan.

“Setakat ini kita mempunyai enam sijil Pengurusan Hutan Mampan (SFM) yang merangkumi kawasan seluas 561,703 hektar di Sarawak.

“Kita juga mempunyai lima Lesen Penanaman Hutan (LPF) yang merangkumi kawasan seluas 75,493.35 hektar di bawah penanaman hutan,” katanya.

Ujar beliau, ini mengulangi komitmen Kerajaan Sarawak bagi memastikan sumber hutan diuruskan dengan kaedah yang mampan.

“Komitmen ini juga akan memastikan polisi yang memerlukan lesen balak untuk mendapatka­n Pensijilan Pengurusan Hutan menjelang 2022.

“Baru-baru ini, kerajaan negeri komited untuk meningkatk­an kawasan ‘Heart of Borneo’ (HoB) daripada 2.1 juta hektar kepada 2.7 juta hektar dan ia akan diluaskan sehingga 6.8 juta hektar sekali gus menyumbang 30 peratus kepada jumlah keseluruha­n HoB,” ujarnya.

Oleh itu, Hamden berkata projek APFNet akan menjadi sebahagian daripada kawasan HoB di bawah Teras 1 : Pengurusan Hutan Mampan dan Teras 5: Program Berasaskan Komuniti.

“Maka saya berharap APFNet akan terus menyokong projek yang berkaitan terutama kawasan HoB pada masa akan datang untuk membangunk­an hutan mampan dan agenda pemulihara­an kerajaan negeri,” tegasnya.

Hadir sama, Penyelaras Projek APFNet Sarawak Mohd Shahbudin Sabki dan Pengarah Kewangan APFNet Wang Hong.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jack (barisan hadapan, tengah) merakam kenangan bersama peserta yang menyertai Seminar APFNet 2019 di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Jack (barisan hadapan, tengah) merakam kenangan bersama peserta yang menyertai Seminar APFNet 2019 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia