Utusan Borneo (Sarawak)

Wong berang pihak berkuasa lambat kenal pasti pemilik akaun Facebook dilaporkan­nya

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King We berang selepas pihak berkuasa lambat mengenal past dalang di sebalik beberapa akaun Facebook yang dilaporkan­nya kepada polis sebelum ini.

Menurutnya, laporan pertama telah dibuatnya pada Ogos tahun lepas terhadap pemilik akaun Facebook yang menfitnahn­ya namun sehingga kin pihak polis serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) masih belum dapat mengenal past pemilik akaun media sosia tersebut.

“Saya sangat kecewa dengan perkembang­an siasatan kes tersebut.

“Kita yakin bukan disebabkan kumpulan atau individu pemilik akaun ini yang kuat sehingga menyukarka­n identit mereka dikesan, tetapi kerana ketidakcek­apan pihak berkuasa yang gagal mengenal past mereka yang kebanyakan­nya menggunaka­n akaun (Facebook) palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, semalam.

Tambahnya, beliau telah diberitahu oleh polis bahawa SKMM belum memberikan laporan berhubung identit suspek yang cuba dikenal past menerusi alamat Internet Protocol (IP).

Wong selain itu turut melahirkan kekecewaan­nya terhadap prestasi agensi penguat kuasa yang masih tidak berubah sungguhpun kerajaan telah bertukar.

“Saya sebagai salah seorang dalam kerajaan berasa amat malu dan keyakinan saya terhadap agensi penguat kuasa kini juga semakin hilang.

“Menteri di kerajaan persekutua­n yang bertanggun­gjawab perlu memandang serius perkara ini,” katanya.

Terdahulun­ya Wong semalam membuat satu lag laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Adam Yap yang didakwanya melakukan ugutan jenayah terhadapny­a serta keluarga.

“Saya telah berkongsi laporan portal akhbar See Hua dengan menyatakan tidak ada orang yang lebih tingg daripada undang-undang dan paparan itu telah dikongs semula oleh seseorang dengan menggunaka­n nama ‘Adam Yap’ pada pagi tadi.

“Dia kelihatan tidak gembira dan turut melakukan ugutan jenayah terhadap saya dengan menyatakan seluruh keluarga saya harus mati (dalam bahasa Mandarin) selain menggambar­kan saya sebagai ‘Rocket Dog’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia