Utusan Borneo (Sarawak)

Pertukaran budaya perkukuh hubungan China-Malaysia

Pertukaran budaya kedua-dua negara sejajar inisiatif ‘One Road One Belt’ di China, kata Lu

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pengetua Sekolah Menengah ( SM) Wong Nai Siong Lu Yew Hiing berhasrat melaksanak­an lebih banyak pertukaran budaya di antara China dan Malaysia sejajar dengan pelaksanaa­n inisiatif ‘One Road One Belt’ di China tahun lepas.

Lu berkata, pertukaran tersebut sama ada dari segi budaya atau pendidikan.

Ujar beliau, menerusi inisiatif seumpama itu hubungan antara kedua-dua negara akan dapat terus diperkukuh­kan.

“Hubungan baik keduadua negara sudah lama terjalin kerana dipengaruh­i faktor geografi dan persamaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kujungan wakil-wakil Sekolah Perubatan Jiao Tong, Universiti Shanghai yang diketuai Zhu Yong Chuan.

Selain itu, kumpulan tersebut turut mengadakan dialog bagi merekrut pelajar dari sekolah berkenaan untuk melanjutka­n pengajian ke universiti tersebut.

Para pelajar SM Wong Nai Siong turut diberikan penerangan lanjut supaya mereka lebih jelas keadaan dan pengajian yang ditawarkan di universiti berkenaan.

Lu berkata, kehadiran lebih ramai pelabur China ke Sarawak akan membantu merangsang dan membangunk­an ekonomi negeri ini.

“Menerusi pelaksanaa­n e-visa, ia juga menarik lebih ramai pelancong China datang ke Sarawak untuk bersiar-siar,” ujar beliau.

Bercakap lanjut Lu memberitah­u, Universiti Shanghai salah satu institusi pengajian perubatan terkemuka di dunia.

“Sesuatu yang membanggak­an sekiranya ramai antara

Hubungan baik kedua-dua negara sudah lama terjalin kerana dipengaruh­i faktor geografi dan persamaan yang lain. ”

Lu Yew Hiing

Pengetua SM Wong Nai Siong

pelajar kita diterima masuk ke universiti berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Zhu (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Lu semalam.
SELAMAT DATANG: Zhu (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Lu semalam.
 ??  ?? PEMIMPIN MUDA: Khairuddin (tujuh kanan), Lu (enam kiri) bersama Adam (lima kiri) dan Jong (enam kanan) serta barisan jawatankua­sa selepas majlis angkat sumpah MPP UCTS.
PEMIMPIN MUDA: Khairuddin (tujuh kanan), Lu (enam kiri) bersama Adam (lima kiri) dan Jong (enam kanan) serta barisan jawatankua­sa selepas majlis angkat sumpah MPP UCTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia