Utusan Borneo (Sarawak)

214 murid SK Gran Stumbin terima sumbangan Simoi

-

Seramai 214 murid prasekolah hingga tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin di sini menerima bantuan beg sekolah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri dekat sini, semalam.

Simoi berkata, penyampaia­n beg sekolah dan peralatan persekolah­an ini adalah rutin tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Lingga untuk sekolah-sekolah kebangsaan dalam kawasannya.

Menurutnya, sebelum ini beliau turut menyampaik­an bantuan yang sama kepada 28 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Lingga dan 37 murid SK Saint Dunstan, Seduku.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini saya berharap bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringanka­n beban murid dan ibu bapa.

“Ini adalah bantuan yang saya salurkan menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat bagi kawasan DUN Lingga,” ujarnya semasa berucap ringkas pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Beg Sekolah Bagi Sekolah-Sekolah Kawasan DUN Lingga di SK Gran Stumbin dekat sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaik­an geran tahunan kepada Per- satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gran Stumbin untuk membantu mereka menjalanka­n aktiviti sekolah berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Guru Besar Pilling Entingik, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Mohd Yusuf Lugom, Kaunselor Kunjang Nanang serta guru kanan dan ibu bapa.

 ??  ?? GEMBIRA: Para penerima bantuan beg sekolah bergambar bersama Simoi (berdiri kanan), Pilling (tengah) serta yang lain selepas selesainya majlis berkenaan semalam.
GEMBIRA: Para penerima bantuan beg sekolah bergambar bersama Simoi (berdiri kanan), Pilling (tengah) serta yang lain selepas selesainya majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia