Utusan Borneo (Sarawak)

55 murid SK Nanga Kedup terima sumbangan peralatan persekolah­an

-

Seramai 55 murid prasekolah hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kedup, Julau telah menerima sumbangan peralatan persekolah­an seperti beg sekolah dan alat tulis.

Sumbangan tersebut telah disampaika­n pihak Forest Green Company.

Pengurus Forest Green Company Nicholas Wong berkata, program pengagihan s u m b a n g a n t e r s e b u t merupakan tanggungja­wab sosial syarikat kepada masyarakat.

“Program ini merupakan program pembuka tirai pihak syarikat kepada masyarakat dan kami turut merancang memperbany­akkan aktiviti serupa pada masa akan datang.

“Kita berharap sumbangan i ni dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa pelajar, sekali gus memberi semangat kepada para pelajar untuk belajar dan mencapai kecemerlan­gan dalam bidang pendidikan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di dewan sekolah SK Nanga Kedup, kelmarin.

Turut hadir ialah Guru Besar Danneil Unit dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Nanga Kedup Tuai Rumah Tommy Ujang serta para warga sekolah.

Danneil dalam ucapan alu-aluannya berkata, pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan seumpama itu daripada pelbagai pihak.

“Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan serba kekurangan, kita amat mengalu- alukan sokongan semua pihak untuk meningkatk­an semangat para pelajar dan juga warga sekolah yang bertugas untuk melahirkan generasi berkualiti pada masa depan,” ujarnya.

SK Nanga Kedup terletak di kawasan pedalaman di daerah Julau serta mempunyai 73 murid, 13 guru dan sembilan kakitangan sokongan.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Nicholas (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada murid SK Nanga Kedup sambil disaksikan tetamu lain.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Nicholas (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada murid SK Nanga Kedup sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia