Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal pendirian tidak benar atlet Israel masuk Malaysia

-

Kerajaan keka dengan pendirian untuk tidak membenarka­n atlet Israe bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 d Kuching, Sarawak yang akan berlangsun­g bermula 29 Jula hingga 4 Ogos depan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.

“Kita tetap tidak benar.. Kalau mereka mai (datang) juga ia adalah satu kesalahan

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjura­n kejohanan itu dar Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 di sin semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarka­n atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankua­sa Olimpik Israe yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Kejohanan itu dilihat sebagai platform penting bag kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Majlis Paralimpik Malaysia ( MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan dilema ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyerta pertanding­an itu.

Kelmarin Timbalan Menter Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata Malaysia tidak akan membenarka­n atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bag menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualka­n berlangsun­g di Sarawak Julai ini.

Beliau berkata ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia