Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang baharu bagi pelihara kesucian institusi diraja negara

-

Undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggun­gjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata pindaan akan turut dibuat pada undangunda­ng sedia ada bagi tujuan yang sama.

“Sistem negara kita ialah sistem Raja Berperlemb­agaan. Jadi kerajaan perlu sentiasa pastikan bahawa raja-raja kita dilindungi daripada fitnah yang tidak berasas dan diserang oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya kepada pemberita di sini semalam selepas majlis amanat tahun baharu 2019 Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang Jabatan Perdana Menteri.

Liew berkata undang-undang mesti ada untuk menghukum mereka yang tidak bertanggun­gjawab dan tidak menghormat­i institusi diraja negara.

“Objektifny­a adalah untuk memastikan perlembaga­an diraja sentiasa dilindungi daripada semua bentuk serangan,” katanya.

Dalam merumus undangunda­ng baharu, kerajaan akan merujuk kepada perlembaga­an diraja yang diamalkan di beberapa negara Komanwel, katanya.

Liew berkata, beliau akan membawa perkara itu semasa mesyuarat beliau dengan ketua-ketua perundanga­n dan ketua-ketua setiausaha dar semua kementeria­n pada akhir bulan ini.

Mesyuarat itu juga akan melihat kepada undang-undang yang perlu dimansuhka­n dan dipinda semasa sidang parlimen 2019, katanya.

Menurut Liew, kerajaan juga berkemungk­inan melihat dari segi hukuman kerana pada masa sekarang hukuman atas sesetengah kesalahan terhadap raja-raja adalah ringan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia