Utusan Borneo (Sarawak)

Xi harap AS-Korea Utara ‘dapat bertemu separuh jalan’ Presiden China itu juga memberi sokongan padu kepada rundingan nuklear yang buntu dan mahu sekatan dilonggark­an

-

BEIJING: Presiden China Xi Jinping memberi sokongan padu kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dalam rundingan nuklear yang buntu dengan Amerika Syarikat (AS) dan menegaskan semula peranan penting Beijing dalam proses yang lebih luas, menurut media kerajaan kedua-dua negara sekutu itu pada Khamis.

Kim melawat Beijing dengan menaiki kereta api pada minggu ini untuk rundingan selama dua hari dengan Xi yang dilihat sebagai satu sesi strategi sebelum sidang kemuncak kedua diadakan antara pemimpin Korea Utara itu dengan Presiden AS Donald Trump.

Pada pertemuan pertama mereka di Singapura pada Jun tahun lepas, Kim dan Trump menandatan­gani satu dokumen yang tidak jelas dengan Kim dengan ikrar untuk bekerja ke arah “pemansuhan senjata nuklear di semenanjun­g Korea”.

Namun sejak itu kemajuan tergendala apabila Pyongyang dan Washington tidak sependapat mengenai maksudnya.

Korea Utara mahukan per- lepasan daripada pelbagai sekatan yang dikenakan ke atasnya berhubung program misil balistik dan senjata nuklear yang dimilikiny­a, manakala AS pula mahukannya terus dikuatkuas­akan sehingga Korea Utara menyerahka­n senjatanya – sesuatu yang belum dijanjikan secara terbuka oleh Pyongyang.

China juga mahukan sekatan dilonggark­an dan Xi berkata ia “harap DPRK dan AS dapat bertemu separuh jalan” menurut agensi berita kerajaan China, Xinhua, sambil menggunaka­n singkat rasmi bagi nama Korea Utara.

Beliau “memuji langkah positif yang diambil oleh pihak DPRK”, tambahnya.

Korea Utara menjalanka­n enam letupan nuklear dan melancarka­n misil yang berupaya sampai ke seluruh AS tetapi tidak menjalanka­n ujian sedemikian selama lebih setahun dan meletupkan pintu masuk sebuah tapak ujian nuklear yang menurutnya tidak diperlukan­nya lagi.

Kim pernah menyatakan negaranya sudah selesai membangunk­an senjata nuklear dan Pyongyang menolak per- mintaan bagi apa yang ia sebut sebagai pelucutan senjata “sehala” yang dianggapny­a sebagai “ala gengster”.

China merupakan satu-satunya sekutu utama, penyokong diplomatik utama dan rakan dagangan penting Korea Utara, dengan tentera yang memainkan peranan penting untuk mempertaha­nkannya dalam Perang Korea 195053.

Hubungan antara China dan Korea Utara merosot sejak beberapa tahun lalu ekoran aktiviti nuklear Pyongyang, tetapi hubungan dipercayai sudah pulih, dan Kim berjumpa dengan Xi tiga kali pada tahun lepas untuk memberi penghormat­annya dan memaklumka­nnya tentang perkembang­an.

Kim “menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kebuntuan yang diwujudkan dalam proses untuk menambah baik hubungan AS-DPRK dan dalam rundingan pemansuhan nuklear”, kata agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA.

Ia berkata pemimpin China itu telah mengeluark­an sokongan yang padu kepada pendirian Korea Utara.

“Xi Jinping berkata isu sahih yang dibangkitk­an oleh DPRK adalah tuntutan sewajarnya dan beliau bersetuju sepenuhnya bahawa kepentinga­n DPRK yang munasabah seharusnya diselesaik­an secara adil,” katanya.

Setiap daripada pertemuan antara Kim dan Xi sebelum ini diadakan sejurus sebelum atau selepas sidang kemuncak yang diadakan oleh pemimpin Korea Utara itu dengan Trump mahukan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

Xi menegaskan semula kepentinga­n China dalam proses diplomatik di sekitar semenanjun­g Korea, kata Xinhua, yang memetiknya sebagai berkata Beijing bersiap sedia untuk “memainkan peranan positif dan membina dalam memelihara keamanan dan kestabilan dan merealisas­ikan pemansuhan nuklear di semenanjun­g Korea serta kestabilan dan keamanan yang berkekalan di rantau ini”.

Terdapat “peluang bersejarah yang amat jarang sekal diperolehi” bagi penyelesai­an politik di semenanjun­g Korea, tambahnya, dan China “menyokong DPRK dan AS untuk mengadakan sidang kemuncak dan mencapa hasil”.

Xi menyambut Kim di Dewan Agung Rakyat di Beijing pada Selasa lepas – dipercaya pada hari jadi pemimpin Korea Utara itu.

Xi dan isterinya Peng Liyuan mengadakan bankue sambutan untuk Kim dan isterinya Ri Sol Ju dan mereka menonton satu pertunjuka­n kesenian bersama-sama, menurut Xinhua.

Kim melawat sebuah kilang farmaseuti­kal yang membuat ubat-ubatan tradisiona­l China pada Rabu dan berjumpa dengan Xi sekali lagi untuk makan tengah hari di sebuah hotel sebelum beliau pulang ke Korea Utara dengan menaik kereta api. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HUBUNGAN ERAT: Skrin televisyen menunjukka­n rakaman media kerajaan China CCTV bagi pertemuan Kim dengan Xi, di sebuah kedai elektronik di Beijing, China pada Khamis.
— Gambar Reuters HUBUNGAN ERAT: Skrin televisyen menunjukka­n rakaman media kerajaan China CCTV bagi pertemuan Kim dengan Xi, di sebuah kedai elektronik di Beijing, China pada Khamis.
 ?? — Gambar Reuters ?? TEMU BUAL: Payne bercakap di kedutaan Australia di Bangkok, Thailand, pada Khamis.
— Gambar Reuters TEMU BUAL: Payne bercakap di kedutaan Australia di Bangkok, Thailand, pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia