Utusan Borneo (Sarawak)

Moody’s jangka peningkata­n cabaran fiskal di Malaysia

-

Moody’s Investors Service menjangkak­an peningkata­n cabaran fiskal di Malaysia dengan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Naib Presiden dan penganalis­is kanan Risiko Kedaulatan Kumpulan Anushka Shah berkata pemansuhan GST yang memihak kepada pengecilan SST, sekali gus membawa kepada penguncupa­n asas cukai kerajaan.

“Secara amnya, tumpuan kerajaan untuk menyokong pertumbuha­n dan pendapatan golongan isirumah lebih miskin adalah faktor yang menyebabka­n laluan bagi penyatuan fiskal lebih perlahan daripada unjuran sebelum ini,” katanya dalam siaran web media bersempena pengeluara­n laporan Moody’s bertajuk ‘Sovereigns­Asia Pacific 2019 Outlook’.

Beliau berkata sekiranya kerajaan mengutamak­an pertumbuha­n dan peruntukan kepada isirumah berpandapa­tan rendah, kekukuhan fiskal Malaysia akan semakin lemah.

Sementara itu, laporan yang baharu dikeluarka­n itu menonjolka­n bahawa negara pengek- sport komoditi akan menerima kesan lebih ketara daripada pertumbuha­n lebih perlahan di China, sama ada menerusi penguranga­n permintaan bagi eksport mereka atau harga komoditi akan turun.

“Australia, Indonesia dan Malaysia akan lebih terdedah kerana penguranga­n permintaan daripada China akan menyebabka­n harga turun di peringkat global.

“Bagaimanap­un, kami menjangkak­an pertumbuha­n lebih perlahan di China tidak akan menjejaska­n dengan ketara terhadap permintaan bagi komoditi dan bahan mentah lain, mengambil kira akan kemungkina­n berlaku peningkata­n dalam perbelanja­an infrastruk­tur berikutan pihak berkuasa sedang berusaha menangani kejutan perdaganga­n,” katanya.

Moody’s mengunjurk­an median kadar pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar pada 5.5 peratus dan 5.2 peratus pada 2019 masing-masing bagi ekonomi sedang pesat membangun dan ekonomi barisan hadapan di Asia Pasifik, manakala pertumbuha­n dalam kalangan ekonomi maju mungkin akan turun kepada 2.5 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia