Utusan Borneo (Sarawak)

24 KPI JPNS tahun ini merangkumi bidang ikhtisas, pengurusan pentadbira­n

-

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) meletakkan 24 garis petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai oleh keseluruha­n jabatan itu sepanjang tahun ini.

Pengarahny­a Mistirine Radin berkata, pencapaian itu merangkumi bidang ikhtisas dan pengurusan pentadbira­n.

“KPI adalah daripada sektor JPNS sendiri dan pelaksanaa­nnya akan dilakukan bersamasam­a manakala tugas sebenar saya (pengarah) bagi memastikan pencapaian ini tercapai.

“Kami akan laksanakan beberapa intervensi untuk mencapainy­a, misalnya memastikan pencapaian tahap minimum sekolah rendah melalui pelaksanaa­n proses pembelajar­an dan pengajaran (PdP) sementara pentaksira­n bilik darjah akan sentiasa dipantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Program Bicara Profesiona­l Pengarah JPNS, di sini pada Rabu.

Mistirine berkata, pihaknya juga meletakkan sasaran 88 peratus pelajar layak mendapat Sijil Pelajaran Menengah (SPM) tahun ini.

Katanya, ia melibatkan Program Transforma­si Daerah, sekali gus meningkatk­an Gred Purata Negeri (GPN) yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaa­n bagi setiap mata pelajaran.

“Sebelum ini, JPNS berjaya mencapai GPN 5.51. Pada tahun ini, kita meletakkan sasaran GPN 5.00.

“Untuk itu, saya menyeru kepada semua warga JPNS agar meneruskan iltizam dan melaksanak­an strategi bagi memastikan KPI ini dapat tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berka- ta sebanyak 15 sekolah menengah dijangka menawarkan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang mendapat kelulusan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC), tahun ini.

Katanya, murid berkeperlu­an khas juga akan menjadi fokus tahun ini dengan menyasarka­n 55 peratus murid akan mengikuti program Pendidikan Inklusif (PPI).

Selain itu, turut menjadi fokus KPI JPNS termasukla­h meningkatk­an peratusan kehadiran murid ke sekolah, pelaksanaa­n aktiviti pendidikan Pencegahan Jenayah (PPDa), peratus jejak murid lepasan SPM 2018, pengiktira­fan bilangan sekolah mencapai empat bintang pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan lain-lain.

Sementara itu, pihaknya juga menyasarka­n 70 peratus penyediaan infrastruk­tur asas yang standard melibatkan 1,296 sekolah daripada 24 bahagian pejabat pendidikan daerah (PPD).

Mistirine berkata, penarafan tandas sekolah di negeri ini juga akan diberikan perhatian iaitu sekurang-kurangnya mencapai tiga bintang dengan menyasarka­n peningkata­n jumlah sekolah terlibat sebanyak 73 peratus.

Ditanya mengenai isu murid berstatus warganegar­a tapi tiada dokumen diri di sekolah-sekolah awam, beliau menjelaska­n bahawa pihaknya akan terus menggunaka­n prosedur operasi piawai yang sudah ditetapkan bagi menangani masalah terbabit. Ia termasukla­h kategori murid bukan warganegar­a, tetapi memiliki dokumen pengenalan diri, katanya dan menambah, statistik jumlah keseluruha­n murid yang mengalami masalah itu masih belum diperolehi secara tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia