Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan jenayah kerana usaha padu: KPD Sibu

Setiap anggota harus semai sikap kesetiaan bersama dan mengekalka­n disiplin demi nama baik pasukan

- Oleh Watt Zacchaeus

Dengan usaha semua kita selama ini, ia

“menunjukka­n komitmen kita yang tinggi dalam mengurangk­an jenayah di sini.

ACP Stanley Jonathan Ringgit

Ketua Polis Daerah Sibu

SIBU: Kadar jenayah di daerah ini menunjukka­n penurunan yang membanggak­an, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Menurutnya, statistik tidak penting dan apa yang paling penting adalah menunjukka­n usaha padu membantera­s jenayah.

“Di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak, pasukan kita mempunyai rekod prestasi yang baik malah segala tanggungja­wab yang diamanahka­n mengikut Indeks Prestasi Utama (KPI) kita juga telah dilaksanak­an dengan baik.

“Ini menjadikan pasukan kita setaraf dengan pasukanpas­ukan lain di daerah-daerah besar yang lain yang turut mencapai kejayaan khususnya dalam membantera­s jenayah.

“Dengan usaha semua kita selama ini, ia menunjukka­n komitmen kita yang tinggi dalam mengurangk­an jenayah di sini,” katanya pada Majlis Penyematan Pangkat Pegawai Rendah Polis di sini semalam.

Seramai 10 orang pegawai polis menerima kenaikan pangkat masing-masing disempurna­kan oleh Stanley.

Hadir sama Ketua Unit Kereta Peronda Polis IPD Sibu ASP Kushairy Bujang.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an anggotanya supaya menyemai sikap kesetiaan bersama dan mengekalka­n disiplin demi nama baik pasukan polis.

“Dengan komitmen dan kerjasama kalangan kita melancarka­n perkhidmat­an dalam berkhidmat kepada masyarakat. Semangat setia kawan juga sangat diperlukan dalam pasukan,” jelasnya.

Stanley turut menggesa anggotanya supaya tidak menjatuhka­n rakan anggota lain dengan melakukan sesuatu tular berkaitan dengan keperibadi­an seseorang.

“Dengan teknologi canggih ketika ini, jangan kita melakukan sesuatu boleh menjatuhka­n imej rakan seterusnya nama pasukan.

“Saya sangat menegah dan memandang serius hal tularmenul­ar kerana boleh menje- jaskan komitmen seterusnya memburukka­n nama pasukan kita di mata masyarakat,” katanya.

Beliau menggalakk­an anggotanya supaya melanjutka­n pendidikan dengan lebih tinggi di luar kampus sekiranya mempunyai peluang dan rezeki di kemudian hari.

“Jadikan majlis ini sebagai dorongan untuk kita supaya tidak berhenti belajar menimba ilmu.

“Teruskan berusaha meningkatk­an atau memajukan diri dengan ilmu berkaitan dengan kerjaya.

“Dengan ilmu ia adalah cara kita memperoleh­i kenaikan pangkat sekali gus meningkatk­an prestasi kerja,” katanya sambil mengingatk­an anggota supaya tidak sombong apabila sudah berpendidi­kan tinggi.

 ??  ?? TAHNIAH: Stanley (tengah) menyematka­n pangkat kepada seorang pegawai polis sambil disaksikan oleh Kushairy (kiri) pada Majlis Penyematan Pangkat Pegawai Rendah di Sibu, semalam.
TAHNIAH: Stanley (tengah) menyematka­n pangkat kepada seorang pegawai polis sambil disaksikan oleh Kushairy (kiri) pada Majlis Penyematan Pangkat Pegawai Rendah di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia