Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi dipercayai didera pengasuh masih kritikal

-

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n bayi berumur sembilan bulan yang dipercayai didera oleh pengasuh di sini Isnin lalu masih dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin oksigen.

“Kita sentiasa berhubung dengan pihak hospital berkenaan perkembang­an bayi terbabit.

“Begitu juga kami dengan keluarga bayi terbabit. Anggota saya sentiasa berurusan dengan pihak terbabit dan ahli keluarga,” katanya ditemui selepas Majlis Penyematan Pangkat Pegawai Rendah Polis di sini semalam.

Seramai 10 pegawai polis menerima kenaikan pangkat masing-masing disempurna­kan oleh Stanley.

Hadir sama Ketua Unit Kereta Peronda Polis IPD Sibu, ASP Kushairy Bujang.

Sementara itu, Stanley memberitah­u seorang lagi mangsa dera disyaki dilakukan pengasuh sama iaitu kanak-kanak berumur satu tahun lima bulan kini beransur pulih.

Sebelum ini, mangsa mengalami kecederaan satu batang gigi depan di bahagian atas patah dan terdapat kecederaan pada gusi mangsa.

“Suspek berusia 39 tahun itu kini masih dalam tahanan reman sejak Rabu lalu sehingga esok (Sabtu) dan menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.

Menurutnya, pengasuh itu tidak mempunyai sebarang lesen untuk menjalanka­n pusat asuhan dan hanya menggunaka­n rumahnya sahaja.

Katanya, suspek mungkin mengenali keluarga mangsa terlibat dan menawarkan perkhidmat­an itu khususnya kepada ibu bapa bekerja.

“Kami percaya terdapat bayaran dikenakan atas perkhidmat­annya dan suspek turut menjaga empat kanak-kanak lain berumur dalam lingkungan sembilan bulan hingga tiga tahun dan hanya dua mangsa cedera dilaporkan manakala yang lain tidak,” katanya.

Tambahnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001 kerana disyaki mendera kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia