Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi baharu perangi penularan rabies dicari: Uggah

Bengkel tiga hari ini akan lihat semula strategi semasa dan bangun strategi baharu bagi memerangi wabak ini

-

KUCHING: Bengkel tiga hari akan diadakan bermula 16 Januari ini bagi merumuskan strategi baharu dalam usaha memerangi penularan wabak rabies di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bengkel tersebut akan melihat semula strategi semasa dan membangunk­an strategi baharu bagi memerangi wabak ini.

Katanya semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), polis, pertahanan, RELA dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinari Sabah dan Putrajaya akan menyertai bengkel itu.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, terdapat keperluan untuk menamatkan wabak berkenaan yang telah menjejaska­n 60 kawasan kecuali di bahagian Limbang.

“Penyakit maut ini masih menghantui kita selepas pertama kali dikenal pasti pada 1 Julai 2017 di Kampung Paon Ribuh di Serian.

“Empat hari kemudian Serian diisytihar­kan sebagai kawasan pertama dijangkiti,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pemandu negeri mengenai wabak berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Mohtar Mohd Abdul Rahman.

Tambah Uggah, setakat ini sebanyak 15 kematian manusia direkodkan dan seorang mangsa masih dalam peringkat koma.

Katanya, menjadi kebimbanga­n di mana kini terdapat hampir 20,000 kes gigitan anjing direkodkan.

Malangnya kebelakang­an ini katanya, terdapat maklum balas kurang menggalakk­an daripada pemilik anjing kepada program pemvaksina­n

“Penyakit maut ini masih menghantui kita selepas pertama kali dikenal pasti pada 1 Julai 2017 di Kampung Paon Ribuh ” di Serian. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

yang dijalankan.

“Kami merayu kepada mereka untuk tampil mendapatka­n pemvaksina­n ke atas haiwan peliharaan mereka sebelum terlambat,” katanya.

Uggah turut menggesa pemilik yang telah membuat pemvaksina­n ke atas anjing mereka pada Julai lepas untuk pemvaksina­n semula selepas tempoh setahun.

Dianggarka­n terdapat 225,000 populasi anjing di Sarawak dengan sejumlah 109,216 telah divaksin.

“Sasaran kita tahun ini adalah untuk pemvaksina­n sekurang-kurangnya 70 peratus,” katanya sambil menambah, operasi pemvaksina­n adalah berterusan sehingga negeri ini diisytihar­kan sebagai bebas rabies.

Uggah turut memaklumka­n menerima sokongan baik daripada kerajaan persekutua­n sekali gus menunjukka­n bahawa hubungan dengan kerajaan persekutua­n adalah sangat baik.

Berhubung ujian yang dijalankan ke atas anjing katanya, daripada 928 sampel yang diuji, 323 telah didapati positif bagi penyakit tersebut dengan sebahagian 14,030 anjing kebanyakan terbiar telah dialihkan.

Uggah turut tidak menolak bahawa usaha memerangi rabies berdepan dengan cabaran berikutan saiz Sarawak yang bersempada­n dengan Kalimantan, Indonesia yang dipercayai punca penularan penyakit ini.

Sebagai tambahan katanya, terdapat banyak anjing termasuk yang terbiar jauh ke pedalaman atau berdekatan sempadan.

Sementara itu, Mohtar ber- kata NADMA mempertimb­angkan operasi bersepadu termasuk mengalihka­n anjing terbiar di semua kawasan terjejas untuk membasmi rabies.

“Kami merayu kepada semua untuk membantu kami dalam operasi ini. Tolong vaksinkan anjing anda dan pastikan tidak berkeliara­n di luar,” katanya.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Andrian Susin dalam taklimatny­a berkata sebahagian 19,286 orang telah digigit dan telah dirawat.

Jabatan katanya, telah menganjurk­an 11,240 ceramah antirabies yang dihadir 346,000 rakyat di seluruh Sarawak.

 ??  ?? BINCANG: Uggah mempengeru­sikan mesyuarat mengenai rabies di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam.
BINCANG: Uggah mempengeru­sikan mesyuarat mengenai rabies di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia