Utusan Borneo (Sarawak)

Tender projek OSCC dijangka dibuka pada Mac 2019

-

Projek Pusat Pengumpula­n Sehenti (OSCC) inisiatif Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak berada pada landasan dengan tender dijangka dibuka pada Mac tahun ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata projek OSCC itu merupakan sebuah projek di bawah tinjauan mesra Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan peruntukan berjumlah RM15 juta.

Daripada jumlah peruntukan tersebut katanya, RM5 juta adalah untuk tujuan infrastruk­tur fizikal manakala RM10 juta lagi untuk tujuan pengurusan dan operasi OSCC.

“Setakat ini, kementeria­n telah melantik dua perunding bagi projek ini, satu untuk infrastruk­tur fizikal pusat dan satu lagi untuk pengurusan dan operasi pusat.

“Dari segi kemajuan fizikal pula, reka bentuk bangunan telah siap dan sasaran tarikh bagi penghantar­an kepada Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA) adalah pada 15 Januari 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan pembentan- gan OSCC ketika kunjungan terhadap Ketua Menteri di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Bercakap lebih lanjut mengenai projek tersebut, tender dijangka dibuka pada Mac diikuti penyerahan tender pada Mei tahun ini yang sama dengan projek dijangka siap pada April 2020.

Pusat ini diwujudkan dengan tujuan membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka dalam jumlah lebih besar ke pasaran lebih luas.

Antara peranan pusat berkenaan adalah membantu usahawan dalam proses pengumpula­n bahan, melakukan pengkelasa­n jenis seperti snek, makanan ringan, hasil laut, rumbia, kraf dan sebagainya.

Pusat ini juga akan membantu dalam aspek pembungkus­an serta melakukan jualan dan promosi produk berlainan di bawah satu bumbung.

Dalam pada itu selain membentang­kan status terkini OSCC, Fatimah pada kunjungan itu semalam turut mengundang Ketua Menteri dan isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang bagi Majlis Makan Malam Simposium Budaya Sarawak Ketujuh pada 20 Januari ini.

Majlis tersebut adalah bagi meraikan penutupan simposium tersebut yang merupakan anjuran tujuh kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan India.

Pada majlis itu nanti turut akan diadakan penyerahan secara rasmi resolusi simposium kepada Kerajaan Sarawak.

Fatimah pada kunjungan tersebut turut mengundang Ketua Menteri ke Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Endowmen (EF) pada 16 Januari ini di salah sebuah hotel di sini.

Sebagai simbolik pelancaran, seramai 55 bayi yang lahir pada 1 hingga 7 Januari 2019 serta ibu bapa mereka dijemput hadir pada majlis itu untuk menerima EF daripada Ketua Menteri.

Dana Endowmen sebanyak RM1,000 bagi setiap bayi kelahiran anak Sarawak telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019 dan hanya dibenar dikeluarka­n apabila anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Turut serta dalam kunjungan tersebut Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari ketika kunjungan hormat semalam. Turut kelihatan Rosey (dari kanan) Harden dan Dr Saadiah.
TERIMALAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari ketika kunjungan hormat semalam. Turut kelihatan Rosey (dari kanan) Harden dan Dr Saadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia