Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan sementara sungai punca banjir kilat di Kampung Jugan

-

Banjir kilat yang berlaku di Kampung Jugan di daerah Bau di sini baru-baru ini berpunca daripada penutupan sementara laluan sungai bagi kerja pembinaan jambatan di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol ketika dihubungi semalam, mengesahka­n perkara itu hasil tinjauan beliau ke kampung tersebut pada malam kejadian (8 Januari 2019) dan sehari selepas kejadian.

“Banjir kilat yang berlaku di Kampung Jugan ini di luar jangkaan penduduk terutama enam keluarga yang terjejas kerana kediaman mereka tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

“Saya telah meninjau sendiri situasi ini serta puncanya dan akan menghantar surat kepada Kementeria­n Kerja Raya hari ini (semalam) bagi memaklumka­n permasalah­an ini untuk tindakan segera,” katanya.

Mordi yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, sebelum kejadian banjir kilat tersebut penduduk ada mengadu kepada pekerja dan jurutera di tapak projek tersebut akan kemungkina­n banjir kesan daripada penutupan sementara laluan sungai tersebut.

Namun beliau difahamkan oleh penduduk kampung tersebut bahawa aduan mereka tidak diambil peduli oleh pihak pekerja dan jurutera yang ditugaskan di tapak projek tersebut.

Kejadian banjir kilat yang berlaku pada malam 8 Januar lepas katanya, telah membuktika­n kerisauan penduduk adalah benar dan yang terkesan adalah enam rumah di kampung tersebut.

“Tidak jauh dari sungai tersebut terdapat sebuah saluran pembetung berhampira­n tetap terlalu kecil.

“Justeru, penduduk kampung mencadangk­an agar saluran pembetung tersebut diperbesar­kan atau ditambah bagi melancarka­n aliran keluar air,” katanya.

Sehubungan itu, Mordi berharap kementeria­n yang berkenaan akan mengambil tindakan segera ke atas permasalah­an itu bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

Kelewatan menangani masalah itu katanya, akan member kesan kepada penduduk terutama kediaman mereka yang berisiko dinaiki air lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan ketika ini.

 ??  ?? PENJELASAN: Mordi (kiri) diberi taklimat oleh anggota Angkatan Per tahanan Awam Malaysia yang bertugas memantau keadaan mangsa serta situasi banjir kilat di Kampung Jugan, Bau baru-baru ini.
PENJELASAN: Mordi (kiri) diberi taklimat oleh anggota Angkatan Per tahanan Awam Malaysia yang bertugas memantau keadaan mangsa serta situasi banjir kilat di Kampung Jugan, Bau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia