Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bina longkang konkrit, jalan masuk pasar ikan siap April

-

Projek membina longkang konkrit dan jalan masuk menghubung­kan pasar ikan lama Kampung Batu Satu dengan pasar ikan baharu berada berdekatan dijangka siap menjelang akhir April tahun ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berharap para nelayan dari kedua-dua pasar dapat berkongsi kemudahan baharu sebaik sahaja siap sepenuhnya pada Mei kelak.

“Isu mengenai jalan perhubunga­n di antara pasar ikan lama dengan pasar ikan baharu telah lama tertangguh kerana ia melibatkan kawasan paip gas.

“Sebab itulah kami perlu mendapatka­n bantuan daripada Petronas Carigali dan syarikat korporat ini sangat menyokong dan bersetuju untuk melaksanak­an projek itu di bawah komitmen tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) mereka,” katanya ditemui ketika melakukan kunjungan ke Pasar Ikan Kampung Batu Satu di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu mengucapka­n terima kasih kepada Petronas Carigali kerana menaja projek bernilai RM300,000 itu.

Katanya, usaha membina jalan perhubunga­n dalam membolehka­n nelayan menarik bot mereka ke tempat meletak bot baharu dan pembinaan longkang konkrit adalah bagi memudahkan saliran air ke laut.

Ditanya mengenai status projek benteng pemecah ombak, beliau dimaklumka­n bahawa projek itu kini masih dalam proses reka bentuk.

Beliau berharap projek benteng pemecah ombak bernilai RM25 juta yang diluluskan kerajaan persekutua­n terdahulu sebelum ini dapat dilaksanak­an tidak lama lagi demi keselamata­n dan kehidupan nelayan sepanjang kawasan Kampung Batu Satu.

Tegas beliau, projek itu sangat diperlukan oleh komuniti nelayan di kawasan terbabit dan ia bukan sahaja dapat melindungi pantai malah bot nelayan diletakkan di tempat khas di darat terjaga.

Beliau berkata, gelombang besar dan air pasang semasa musim monsun kerap membanjiri kawasan pasar ikan dan menghanyut­kan bot hingga ke pantai seperti pernah berlaku sebelum ini.

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Batu Satu Yusop Sulaiman.

 ??  ?? TINJAU PROJEK: Lee (tiga kiri) mendengar penerangan mengenai projek jalan perhubunga­n dijalankan melalui komitmen CSR Petronas Carigali.
TINJAU PROJEK: Lee (tiga kiri) mendengar penerangan mengenai projek jalan perhubunga­n dijalankan melalui komitmen CSR Petronas Carigali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia