Utusan Borneo (Sarawak)

ATA landasan terbaik promosi Sarawak, Kuching

Disiarkan di 22 negara, ia pasti mampu perkenal Sarawak, Kuching di rantau Asia

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah penganjura­n Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke23 yang julung kalinya, landasan terbaik dalam usaha mempromosi­kan negeri ini dan bandar raya Kuching khasnya di mata dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan penglibata­n negaranega­ra Asia dan akan disiarkan secara langsung di 22 negara di seluruh Asia, sudah pasti ia mampu memperkena­lkan Sarawak dan bandar raya Kuching khasnya di rantau Asia.

“Saya dimaklumka­n ATA ini akan disiarkan secara langsung di 22 negara di seluruh Asia dengan seramai 500 juta isi rumah akan menyaksika­nnya berdasarka­n kepada statitisti­k yang direkodkan semasa penganjura­n ATA di Singapura pada 2017.

“Justeru, kita berasakan bahawa dengan penganjura­n ATA di sini, ia sudah pasti menjadi penggalak utama kepada sektor pelanconga­n negeri sejajar dengan Kempen Melawat Sarawak 2019,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.

Malam penghargaa­n ATA ke-23 dan permaidani merah berlangsun­g pada hari ini yang akan menampilka­n sehingga

Saya dimaklumka­n ATA ini akan disiarkan secara langsung di 22 negara di seluruh Asia dengan seramai 500 juta isi rumah akan menyaksika­nnya berdasarka­n kepada statitisti­k yang direkodkan semasa penganjura­n ATA di Singapura

” pada 2017.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

60 selebriti terkenal dari negara-negara Asia termasuk Maylada Susri dan Ananda Everingham dari Thailand di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Sebanyak 42 kategori akan dipertandi­ngkan di mana ATA ini bertujuan mengiktira­f kecemerlan­gan dalam penghasila­n dan prestasi keseluruha­n sesebuah karya.

Malah, barisan calon-calon tersohor Asia untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik seperti Cheng Rexen dalam ‘Schrodinge­r’s Cat’ dan Jirayu Tantrakul dalam ‘Kom Faek’(The Lost Art) serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Kim Nam Joo dalam ‘Misty’ dan Sinjai Plengpanic­h dalam ‘Sri Ayodhaya’ akan berjalan di atas permaidani merah di ATA Ke-23.

Pelbagai syarikat penyiar termasuk stesen TV bebaske-udara, platform pay-tv, perkhidmat­an penstriman digital serta studio produksi pengeluara­n bebas di Asia menyertai edisi kali ini.

Pada tahun ini, ATA akan dihoskan oleh penyanyi dan pengacara terkenal Wallace Ang, bekas VJ MTV Asia, May Wan dan Choy Wan serta Adrian Jalaludin yang telah bertapak dalam industri hiburan Malaysia selama lebih daripada satu dekad sebagai pengacara TV dalam bidang sukan, pengembara­an dan rancangan bual bicara.

Mereka juga akan berganding bersama Mark Zambrano yang merupakan penyampai berita senior/ koresponde­n sukan untuk Berita Filipina & Hal Ehwal Awam Filipina.

Sehubungan itu, Abdul Karim berkata, kerajaan amat mengalu-alukan acara berprestij ini kerana ia bakal merancakka­n lagi sektor pelanconga­n negeri sejajar dengan Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019.

Pada masa sama katanya, acara itu dapat memperkena­l- kan Sarawak yang memiliki kepelbagai­an kaum dan keindahan alam semula jadi di mata dunia.

Sementara itu, Pengerusi ATV Awards Sdn Bhd Lee Keen Whye menyuaraka­n rasa gembira atas sokongan yang diberikan Kerajaan Sarawak serta Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak untuk menjayakan acara itu nanti.

Menurutnya, ATA diadakan sejak 1996 sebagai mengiktira­f rancangan televisyen terbaik dalam industri penyiaran sama ada di hadapan kamera atau di sebalik tadbir.

“Untuk kali ini, ATA yang diadakan di Kuching telah menerima penyertaan daripada 49 penyiar dan syarikat produksi daripada 14 negara dan kini dalam proses pemilihan oleh 58 hakim yang dilantik,” katanya.

Bagi merancakka­n lagi acara tersebut, ATA Ke-23 akan dihoskan dua selebriti terkenal iaitu Choy Wan dan Adrian Jalaluddin,” tambah beliau.

Selain daripada acara tersebut katanya, pihaknya turut akan menganjurk­an konsert kepada orang awam di Panggung Udara, Jalan Budaya di sini pada 13 Januari ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Pengarah Program Koh Jik Seng dan Penasihat Program Sim Kiang Chiok.

ATA telah mengumumka­n senarai finalis bagi setiap kategori di platform media sosialnya dan laman web rasmi https://www.asiantvawa­rds. com.

Peserta ATA terdahulu merangkumi 200 saluran di seluruh Asia seperti KBS, NHK, HBO, CNN, Bloomberg, BBC, AL-JAZEERA, TV18, Discovery Networks, Imagine Group, Viacom Internatio­nal Media Networks, Astro, Media Prima, Pt Televisi Indonesia, Mediacorpp, CGTN, PCCW, Formosa, ABS-CBN, BBTV, SMG dan lain-lain. Untuk maklumat terkini, sila ikuti @Asiantvawa­rds.

 ??  ?? TUAN RUMAH: Abdul Karim (tengah) bersama (dari kiri) Koh, Lee, Hii dan Sim mempromosi­kan Anugerah Televisyen Asia Ke-23.
TUAN RUMAH: Abdul Karim (tengah) bersama (dari kiri) Koh, Lee, Hii dan Sim mempromosi­kan Anugerah Televisyen Asia Ke-23.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia