Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Long Bedian tidak setuju dengan tindakan sekat syarikat pembalakan

-

MIRI: Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) dibuka kepada orang ramai dengan sembilan lot gerai berniaga bermula hari ini (12 Januari).

Sembilan lot terbabit merupakan antara 300 lot gerai dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada 29 Januari ini hingga 4 Februari depan.

Pengerusi MCCCI Lee Khoi Yun menjelaska­n perkara itu pada mesyuarat bersama jawatankua­sa Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di sini, Khamis lalu.

“Orang ramai boleh mengunjung­i gerai tersebut untuk mendapatka­n barangan yang diperlukan khasnya untuk mereka yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) nanti,” katanya.

Menurut Lee, 300 lot gerai berniaga terbabit turut termasuk 40 lot gerai disediakan di Pusat Komersil baharu Times Square Miri.

Beliau berkata, pihaknya masih mengalu-alukan mereka yang ingin menyewa lot gerai tersebut memandangk­an masih terdapat kekosongan lot untuk disewakan.

“Selain lot gerai untuk peniaga Cina, lebih 50 lot gerai turut dibuka kepada peniaga Bumiputera dan sambutanny­a amat menggalakk­an,” ujarnya.

Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 kali ke- 17 itu merupakan medan perniagaan terbuka terbesar diadakan di utara negeri ini sebagai salah satu aktiviti memeriahka­n sambutan TBC 2019.

Ia turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Sarawak Enegery Berhad (SEB), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Miri Parking System (MPS) Sdn Berhad dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Pasar sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja itu memulakan perniagaan dari jam 8 pagi (29 Januari) hingga 4 Februari, jam 11 pagi.

Majlis pelancaran dijangka dirasmikan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada 2 Februari depan, jam 8 malam.

“Parkir serba guna MBM turut disediakan percuma bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam bermula 29 Januari kepada orang ramai selain kawasan parkir di Time Square Miri memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan sepanjang tempoh perniagaan.

“Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 turut dibuka 24 jam, dari 3 Februari hingga 11 pagi pada 4 Februari,” katanya.

Penduduk Kampung Long Bedian tidak bersetuju dengan tindakan sekatan terhadap syarikat pembalakan oleh sekumpulan kecil penduduk beberapa hari lalu.

Ketua Kaumnya Lah Anyie berkata, antara sebab halangan dilakukan kumpulan itu adalah untuk mendapat sagu hati dan peluang pekerjaan daripada syarikat terbabit.

“Penduduk kampung telah menerima pembayaran wang atas kerjasama yang baik daripada syarikat terbabit.

“Saya bersama Council of Elders (Jawatankua­sa Besar) penduduk Kampung Long Bedian tidak setuju dan tidak terlibat dalam penghalang­an itu,” katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Beliau berkata syarikat terbabit membuat dua pembayaran komisen iaitu RM119,983.90 pada 21 Mac 2018 dan RM216,763.30 pada 3 Ogos 2018 kepada akaun Badan Sosial dan Kebajikan Long Bedian.

Bagaimanap­un, pem- bayaran diterima penuh oleh wakil daripada kumpulan kecil tersebut.

Mengenai sekatan itu, ia didirikan sejak September 2018 untuk menghalang sebuah syarikat pembalakan berlesen membawa keluar hasil kayu dari Kem Teben ke Logpond Lubok Pinang, Temala.

Syarikat pembalakan itu mengambil kayu balak dari kawasan Long Bedian seperti syarikat lain yang juga beroperasi di kawasan tersebut.

Sebelum syarikat itu beroperasi, rundingan diadakan antara penduduk kampung dan syarikat dan satu perjanjian ditandatan­gani pada 2 Januari 2017.

Kampung Long Bedian diwakili bekas Ketua Kaum Usung Wan bersama ahli jawatankua­sanya termasuk wakil kumpulan yang membuat halangan.

“Walaupun kami tidak sehaluan dalam satu perkara tidak bermakna kami tidak dapat bekerjasam­a dalam hal-hal kesatuan kampung.

“Justeru, saya menyeru semua penduduk Kampung Long Bedian bersatu hat dan bekerjasam­a untuk kesejahter­aan dan kemakmuran bersama,” jelasnya.

Lah berkata, ADUN Telang Usan Dennis Ngau memainkan peranan penting sejak permulaan ketika kampung dalam proses perbincang­an bersama syarikat pembalakan terbabit sehingga termeterai­nya perjanjian.

“Dalam sejarah lebih 100 tahun Long Bedian, kami tidak pernah berdepan isu mogok syarikat terbabit sehingga muncul isu ini.

“Penduduk Long Bedian juga memilih bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg dan program transforma­si beliau,” jelasnya.

Katanya penduduk berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana membangunk­an kampung selama ini.

 ??  ?? DIBUKA: Sembilan lot gerai berniaga Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 MCCCI dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.
DIBUKA: Sembilan lot gerai berniaga Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 MCCCI dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia