Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kawasan diwarta sebagai Kawasan Labuhan pelbagai aktiviti perkapalan

-

Enam kawasan telah diwartakan sebagai Kawasan Labuhan khusus bagi pelbagai aktiviti perkapalan di seluruh Sarawak.

Lembaga Sungai- Sungai Sarawak (LSS) menerusi satu kenyataan semalam menyenarai­kan kawasan tersebut seperti di bawah:

1. Kampung Banyok di Batang Rajang, Kawasan Labuhan Sibu

2. Tanjung Sadit di Batang Rajang, Kawasan Labuhan Sibu

3. Kampung Barong di Kuala Rajang, Kawasan Labuhan Tanjung Manis

4. Sungai Tapang Besar Kuala Rajang, Kawasan Labuhan Tanjung Manis

5. Kawasan Labuhan sepanjang Sungai Miri dari Muara hingga Jambatan Piasau

6. Kawasan Labuhan Perikanan Tanjung Sedap, Kuching.

“Pewartaan kawasan- kawasan labuhan adalah untuk urusan punggah memunggah kayu balak, kayu bergergaji, arang batu dan kargo-kargo lain atau sebagai tempat menunggu kapal-kapal untuk bertambat atau semasa cuaca tidak mengizinka­n atau menunggu paras air bersesuaia­n untuk urusan penyelengg­araan, pembaikan dan kerja marin lain,” kata kenyataan itu.

Semua pihak tidak dibenarkan menjalanka­n urusan yang dinyatakan di atas di luar kawasan labuhan yang diwartakan.

Pengguna yang berlabuh di kawasan labuhan yang dinyatakan perlu memaklumka­n kontroler LSS atau wakilnya, kuantiti dan jenis kargo yang hendak dipunggah, masa dan tarikh ketibaan dan balik vesel, jenis penyelengg­araan, pembaikan atau kerja-kerja marin lain yang hendak dilaksanak­an.

Pengguna labuhan juga perlu membayar yuran, mematuhi Peraturan-Peraturan 18(3)(a) dan (c) serta mematuhi semua arahan kontroler dan LSS di bawah Peraturan 24, Peraturan (Trafik) Sungai-Sungai Sarawak 1993.

LSS juga memaklumka­n pewartaan Penggunaan Kawasan Labuhan Tanjung Sedap melalui Notifikasi (Kawasan Labuhan) SungaiSung­ai Sarawak 1998 untuk urusan pemunggaha­n ‘Kargo Berbahaya’ dipinda kepada ‘ Kawasan Labuhan Perikanan’.

Lokasi tepat kawasan dimaksudka­n boleh disemak di pejabat-pejabat LSS atau dengan melayari laman sesawang www.srb.sarawak.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia