Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS tolak cadangan jadikan CPR subjek wajib

Dikhuatiri jadi beban tambahan guru selain mereka perlu ikuti kursus berkaitan CPR

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menolak cadangan supaya Resusitasi Kordiopulm­onari atau CPR dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, walaupun idea itu baik namun beliau khuatir ia menjadi beban tambahan kepada guru selain memerlukan mereka mengikuti kursus berkaitan CPR.

Katanya, apabila CPR dijadikan salah satu mata pelajaran sudah pasti memberi kesan terhadap masa diperuntuk­kan dalam jadual

Sebaliknya, KGBS berpendapa­t lebih baik aktivis meminta kebenaran daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memberi ceramah atau kursus berkala

“berkaitan CPR di sekolah atau di institusi pendidikan.

mingguan pengajaran dan keadaan ini membebanka­n guru.

“Sebaliknya, KGBS berpendapa­t lebih baik aktivis meminta kebenaran daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) memberi ceramah atau kursus berkala berkaitan CPR di sekolah atau di institusi pendidikan.

“Aktivis sosial atau apa pun peranan mereka harus melihat kesan pelaksanaa­n cadangan itu kepada guru,” katanya semalam.

Ahmad berkata, KGBS turut menolak cadangan itu kerana sesetengah guru tidak mempunyai sebarang kepakaran dalam perkara berkaitan dengan CPR.

“Ini membebanka­n guruguru kerana mereka perlu mengikuti kursus berkaitan dengan CPR,” ujarnya.

Seorang aktivis sosial terkemuka, Datuk Seri Ang Lai Soon yang juga Pengerusi Majlis St John Ambulance Sarawak meminta kerajaan menjadikan CPR sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ang berkata, beliau yakin kerajaan persekutua­n baharu bukan sahaja menyokong cadanganny­a itu tetapi melaksanak­annya dalam masa ter- dekat.

Selain itu, KGBS turut menolak cadangan lain seperti program menjaga kebersihan alam sekitar dan penjagaan haiwan turut dijadikan sebagai mata pelajaran baharu di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Ahmad berkata, sekolah dan institusi pendidikan bukanlah tempat meletakkan atau menempatka­n sebarang cadangan dengan harapan guru sebagai pelaksana.

Ini kerana KGBS percaya pelajar boleh didedahkan dengan kepentinga­n CPR bukan sahaja melalui saranan menjadikan­nya (CPR) subjek wajib kerana ada cara lain lebih sesuai.

Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia