Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sambut baik langkah mewujudkan perkhidmat­an meja bantuan

-

Langkah mewujudkan perkhidmat­an meja bantuan ( help desk) yang bermula pada 2 Januari 2019 akan membantu memudahkan urusan ibu bapa tentang isu-isu persekolah­an anak mereka.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata sehubungan itu kesatuan menyambut baik langkah Kementeria­n Pendidikan itu atas inisiatif demi kebaikan masyarakat umum.

“KGBS yakin dan percaya bahawa dengan adanya perkhidmat­an ini sudah pasti membantu memudahkan urusan ibu bapa tentang isuisu persekolah­an anak-anak mereka.

“Justeru KGBS turut mengharapk­an agar ibu bapa dapat menggunaka­n kemudahan perkhidmat­an dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kel- marin.

Beliau dengan itu berharap agar masyarakat umum bersabar ketika berurusan sekiranya panggilan mereka agak lambat dijawab atau dilayani.

Katanya dalam keadaan orang ramai, sudah pasti akan timbul masalah dan KGBS mengharapk­an agar masyarakat dapat memahmi terutama perkhidmat­an meja bantuan ini hanya beroperasi pada hari dan waktu pejabat sahaja.

“Untuk menambah baik urusan perkhidmat­an ini, KGBS turut menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut memperluas­kan perkhidmat­an meja bantuan ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak.

“Dengan ini KGBS mengharapk­an usaha memperluas­kan kepada PPD akan dapat meringanka­n tugas dan peranan JPN,” katanya.

Sementara itu BERNAMA sebelum ini dipetik sebagai berkata, Kementeria­n Pendidikan (KPM) menyediaka­n perkhidmat­an meja bantuan (help desk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat berkaitan sesi persekolah­an 2019.

KPM dalam kenyataann­ya berkata ibu bapa boleh menggunaka­n kemudahan itu untuk mendapatka­n pen- jelasan mengenai isu seperti pemansuhan Peperiksaa­n Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga), buku teks, bantuan awal persekolah­an dan pendaftara­n sekolah bagi kanak- kanak warganegar­a Malaysia tanpa dokumen.

Untuk tujuan tersebut, KPM berkata ibu bapa boleh menghubung­i JPN masingmasi­ng, bagi Perlis di talian 049737693, Kedah (04-7404000), Pulau Pinang (04-6521012), Perak (05-5015109), Selangor (03-55108711), Kuala Lumpur (03-62046145/46) dan Putrajaya (03-88890000).

Di Negeri Sembilan pula JPN boleh dihubungi di talian 06- 7653192), Melaka ( 062325542), Johor (07-2310000) Pahang (09-5715741), Kelantan ( 09- 7418082/ 8092) Terengganu ( 09- 6213003) Sabah (088-537111), Sarawak (08-2473712/08-2473742) dan Labuan (087-583360).

 ??  ?? SILA DATANG: Kaunter Hari Bersama Pelanggan Pustaka Miri dibuka di Myy Mall, Miri sehingga Ahad ini.
SILA DATANG: Kaunter Hari Bersama Pelanggan Pustaka Miri dibuka di Myy Mall, Miri sehingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia