Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH Sarawak Cawangan Kuala Rajang sumbang keperluan sekolah

-

Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Cawangan Kuala Rajang mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemampu­an dengan menyumbang keperluan sekolah baru-baru ini.

Ketua Cawanganny­a Adris Subeli berkata, pihaknya mengadakan program tersebut bagi mengurangk­an beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an untuk mem- beli barang keperluan persekolah­an.

“Alhamdulil­lah, walaupun musim persekolah­an telah bermula, tetapi kami tetap menjalanka­n program sedemikian khususnya kepada pelajar yang tidak menerima sebarang bantuan daripada pelbagai pihak sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Justeru, beliau berharap program tersebut akan diter- uskan dari semasa ke semasa tanpa perlu menunggu musim persekolah­an bermula pada awal tahun.

Kata Adris, ini kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak berkemampu­an terutama yang memiliki anak ramai untuk membeli atau menukar kelengkapa­n anak-anak yang lain.

“Insya- Allah, kami akan meneruskan misi yang murni ini bukan sahaja pada permu- laan musim persekolah­an,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dengan program seumpama itu akan dapat meringanka­n beban ibu bapa atau keluarga yang memiliki anak yang rama untuk ke sekolah.

“Sokongan daripada rakan- rakan dalam part dan pemimpin negeri telah memudahkan program in dilaksanak­an dengan jaya,” jelasnya.

 ??  ?? BANTU: Adris (dua kanan) menyampaik­an sumbangan persekolah­an kepada salah seorang pelajar baru-baru ini.
BANTU: Adris (dua kanan) menyampaik­an sumbangan persekolah­an kepada salah seorang pelajar baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia