Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS melancarka­n program Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustr­ian

-

Kolej Universiti Teknologi Sarawak ( UCTS) melancarka­n program Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustr­ian ( Kepujian) di bawah Sekolah Kej uruteraan dan Teknologi ( SET).

Ia merupakan program empat tahun terdiri daripada lapan semester dengan jumlah 120 jam kredit.

Proses penubuhan program ini bermula sejak 2016 menyediaka­n tenaga kerja berkemahir­an tinggi mengisi kekosongan pelbagai industri di Sarawak termasuk logam, plastik, minyak dan gas serta kelapa sawit.

Selain itu ia selaras dengan saranan Keraj aan Sarawak yang berusaha membangunk­an pelbagai industri.

Ini sekali gus dapat membantu memenuhi permintaan graduan profesiona­l dan tenaga mahir terutama bidang t e k n o l o g i k i m i a d i Sarawak dan Malaysia.

“Sejak dua tahun lalu kami membangunk­an program ini dan berjaya memperoleh­i kelulusan daripada Ke- menterian Pendidikan [ Ref: N/ 545/ 6/ 0100] dan Agensi Kelayakan Malaysia, MQA [ Ref: MQA/ PA 9400],” kata penyelaras­nya Norhasmill­ah Abu Hassan.

Katanya, pelajar berminat mengikuti pengajian program itu turut ditawarkan pelbagai biasiswa termasuk Biasiswa Lembaga Pengarah, Yayasan Sarawak, Yayasan Sabah, Yayasan Toh Li Hua dan PTPTN.

Norhasmill­ah berkata, pelajar berjaya menamatkan pengajian boleh menyertai mana- mana syarikat terlibat industri seperti minyak dan gas atau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang sains atau teknologi kimia.

“Graduan juga diiktiraf sebagai ahli kimia yang diiktiraf di bawah Institut Kimia Malaysia ( IKM).

“Selain itu, UCTS masih terus membantu dan memantau aktiviti profesiona­l dan perkembang­an kerjaya apabila menamatkan pengajian selain sebahagian daripada alumni UCTS,” katanya.

B e r c a k a p l a n j u t , N o r h a s m i l l a h b e r - kata makmal milik UCTS dilengkapi dengan peralatan canggih membantu proses pengajaran dan pembelajar­an.

Program ijazah tersebut mempunyai tujuh subjek makmal yang memerlukan pelajar melakukan praktikal dan eksperimen.

K a t a n y a , p e l a j a r berpeluang merasai pengalaman sebagai a h l i k i m i a k e r a n a konsep pembelajar­an tidak hanya dilakukan d a l a m k e l a s t e t a p i turut menekankan kemahiran menggunaka­n peralatan berteknolo­gi tinggi.

 ??  ?? NORHASMILL­AH
NORHASMILL­AH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia