Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai akaun terperdaya ‘Macau Scam’ rugi RM12,000

-

Tipu daya sindiket ‘ Macau Scam’ bagaikan tidak bernoktah sebaliknya terus berjaya memperdaya seorang lagi mangsa, kali ini seorang pegawai akaun di bahagian ini sehingga mengakibat­kan mangsa kerugian RM12,000 dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, laporan polis oleh mangsa yang berusia 30 tahun, berkenaan ‘Macau Scam’ itu diterima pada Rabu.

Katanya, kejadian itu berlaku apabila mangsa dihubungi seorang lelaki melalui nombor telefon 018-673229 yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis dari Muar, Johor.

“Lelaki tersebut memberitah­u bahawa mangsa terlibat dalam kes langgar lari di Muar, Johor di mana kereta itu disewa atas nama mangsa dan kereta itu juga terdapat dadah,” katanya dalam kenyataann­ya pada Rabu.

Beliau berkata, lelaki itu juga memberitah­u bahawa mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan suspek seterusnya menunjukka­n waran tangkap ke atas mangsa melalui WhatsApp.

“Mangsa diberitahu agar membuat pembayaran sebanyak RM12,000 ke akaun Public Bank sebagai wang jaminan kepada Mahkamah Tinggi Putrajaya,” jelasnya.

Tanpa berfikir panjang katanya, pada hari yang sama mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,000 ke dalam akaun yang diberikan lelaki itu.

Kemudian katanya, pagi kelmarin mangsa menceritak­an kepada pengurusny­a tentang perkara itu dan diberitahu bahawa perkara tersebut adalah tidak benar.

“Kemudian mangsa membuat semakan di Bank OCBC sekiranya terdapat akaun yang dibuka atas namanya, tetapi pihak bank mengesahka­n tiada akaun yang dibuka atas nama mangsa,” katanya.

Justeru katanya, mangsa menyedari telah ditipu setelah membuat semakan dengan pihak bank tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia