Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Sibu mohon sokongan orang ramai menderma darah

-

Bank Darah Hospital Sibu mohon sokongan orang ramai tampil menderma darah bagi menampung kekurangan stok darah dan memastikan bekalan darah mencukupi untuk cuti Tahun Baharu Cina (TBC).

Penolong Pegawai Penerangan Bank Darah Hospital Sibu Lily Sinta berkata ini dapat dilakukan dengan menyertai Kempen Derma Darah dianjurkan di sekitar Sibu.

“Kami memerlukan sokongan orang ramai memastikan Bank Darah mempunyai bekalan darah mencukupi bagi keperluan rawatan pesakit,” katanya dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu mengadakan Kempen Derma Darah di premisnya, Jalan Tapang Timur 1, Sungai Antu hari ini (12 Januari) dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Manakala pada Ahad, City Harvest Church dan Persatuan Penjaja-Penjaja Pasar Malam menganjurk­an kempen sama di dua lokasi berlainan di Sibu.

Kempen Derma Darah City Harvest Church diadakan di premis gereja, Jalan Merdeka di sini dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Manakala Persatuan Pen- jaja- Penjaja Pasar Malam menganjurk­an Kempen Derma Darah di Bank Darah Hospital Sibu dari jam 9 pag hingga 12 tengah hari.

Lily berkata, mereka ingin menderma darah juga boleh datang terus ke Bank Darah Hospital Sibu pada waktu operasi.

“Pada Isnin hingga Khamis Bank Darah Hospital Sibu dibuka dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2 petang hingga 4.30 petang.

“Manakala pada Jumaat dibuka jam 8 hingga 11.15 pagi dan jam 2.15 hingga 4.30 petang,” jelasnya.

Lily memberitah­u, Bank Darah Hospital Sibu ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum ( bergantung kepada permintaan umum mengadakan Kempen Derma Darah).

“Kita merayu kepada orang ramai menyokong untuk manfaat pesakit yang memerlukan Sumbangan penderma darah secara sukarela menderma darah mereka amat dihargai,” katanya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubung­i Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-238802 atau 084-343333 sambungan 2010.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia