Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan GPS terbuka terima aduan, masalah rakyat

Pendekatan lebih inklusif dipraktik untuk terus mendekati rakyat melalui penubuhan GPS: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

Kita sentiasa mendekati rakyat dan terbuka menerima aduan dan permasalah­an dalam menangani segala isu dihadapi rakyat khususnya

” di Limbang.

LIMBANG: Kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak ( GPS) sentiasa terbuka menerima aduan dan permasalah­an dihadapi rakyat.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pendekatan lebih inklusif akan dipraktikk­an untuk terus mendekati rakyat melalui penubuhan GPS di Sarawak.

“Kita sentiasa mendekati rakyat dan terbuka menerima aduan dan permasalah­an dalam menangani segala isu dihadapi rakyat khususnya di Limbang.

“Permasalah­an ini cuba ditangani sebaik mungkin melalui pusat khidmat kita dan melalui peranan agensi kerajaan berkaitan,” katanya kepada media selepas Program Jelajah Bendera GPS 2019 anjuran GPS Negeri di Dewan Suarah Limbang semalam.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, ketua rombongan Gerald Rentap Jabu, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan tetamu lain.

ADUN Bukit Kota itu berkata melalui semangat GPS, Sarawak dimajukan sekali gus mencapai negeri termaju pada 2030.

Jelasnya, GPS dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai perancanga­n rapi untuk membangunk­an Sarawak.

“Malah, Sarawak dipimpin Abang Johari juga mempunyai perancanga­n pentadbira­n kewangan kukuh.

“Peruntukan besar disalurkan membangunk­an negeri ini termasuk di utara Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah entiti baharu berdaftar di bawah gabungan parti-parti politik kelahiran Sarawak, falsafah perjuang hak dan kepentinga­n negeri ini diteruskan.

“GPS meneruskan usaha membangunk­an negeri ini sekali gus merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

“GPS membenarka­n rakyat Sarawak lebih bebas membuat keputusan sendiri dalam hal melibatkan kepentinga­n rakyat dan negeri ini,” katanya.

Hampir 1,000 penyokong GPS hadir pada program itu.

Sementara itu, hadirin bertafakur seketika bagi memperinga­ti pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Limbang menjadi destinasi kedua pengenalan pertubuhan politik anak tempatan itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanak­an menerus siri jelajah seluruh neger selain penyerahan bendera.

Selain Lawas dan Limbang rombongan jelajah turut berkunjung ke Miri, Bintulu Mukah, Selangau, Sibu, Kapit Sarikei, Betong, Sri Aman Balai Ringin, Serian, Siburan Bau, Lundu, Asajaya dan akhirnya di Sadong Jaya.

Terdahulu, Sebastian berkata jelajah tersebut diadakan untuk memperkena­lkan logo dan lagu GPS seterusnya menyerahka­n bendera di setiap destinasi hentian.

Menurutnya, kemuncak jelajah adalah pelancaran GPS pada 19 Januari ini yang baka disempurna­kan Ketua Menter Datuk Patinggi Abang Johar Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memberi sokongan kepada politik baharu diterajui part anak tempatan itu.

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

 ??  ?? JELAJAH SARAWAK: Dr Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahka­n bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang semalam.
JELAJAH SARAWAK: Dr Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahka­n bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia