Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat seharusnya memberi sokongan padu kepada GPS

-

Seluruh rakyat negeri ini termasuk penduduk di luar bandar harus memberi sokongan padu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penghulu Andrewson Ngalai berkata, rakyat Bumi Kenyalang juga harus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi GPS merangkap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menentukan hala tuju negeri ini.

“Sebagai rakyat Sarawak, saya menyeru kepada semua anak Sarawak berdiri teguh bersama GPS kerana hanya parti dalam gabungan ini memperjuan­g hak serta keperluan rakyat di negeri ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Ngalai, GPS terdiri daripada parti komponen asal dari Sarawak terus memperjuan­g hak Sarawak seterusnya menjamin kesejahter­aan seluruh rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Katanya, GPS juga menjadi landasan penting menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“GPS mempunyai hala tuju baharu memperjuan­g hak serta suara rakyat pelbagai bangsa dan agama bersama mencapai kemajuan.

“Ini penting supaya kita dapat mempertaha­n hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selaras dengan perlembaga­an negeri dan negara,” jelasnya.

GPS akan dilancarka­n pada 19 Januari ini selepas pengenalan logo dan lagu GPS oleh Abang Johari di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching Rabu lalu.

Selain PBB, parti komponen dalam GPS ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

 ??  ?? NGALAI
NGALAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia