Utusan Borneo (Sarawak)

GPS landasan terbaik untuk rakyat Sarawak

-

Gabungan Parti Sarawak (GPS) satu landasan terbaik dalam memastikan hak dan keperluan rakyat Sarawak terus diperjuang­kan.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, misi utama GPS adalah untuk mendapatka­n semula hak Sarawak dan terus terpelihar­a sepanjang masa.

Malah, kepimpinan negeri ini diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa memikirkan yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sarawak.

“Seluruh rakyat Sarawak termasuk di Lawas perlu berjuang habis- habisan bersama GPS dalam mendepani cabaran semasa,” katanya pada Majlis Pelepasan Jelajah Bendera GPS Majlis Tertinggi Pemuda dan Wanita GPS anjuran Pergerakan Pemuda dan Wanita GPS di Dataran Bandar Lawas semalam.

Lawas menjadi destinasi pertama pengenalan pertubuhan politik anak tempatan itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanak­an menerusi siri jelajah di seluruh negeri selain penyerahan bendera turut berlangsun­g.

Selain Lawas, rombongan jelajah turut berkunjung ke Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhirnya di Sadong Jaya.

Turut sama ketua konvoi yang juga Ketua Pemuda GPS Gerald Rentap Jabu, Ketua Publisiti Program Datuk Se- bastian Ting, Timbalan Ketua PBB Bukit Sari Awangku Jina Abidin Pengiran Jawa bersama ketua-ketua pergerakan pemuda dan wanita parti-part komponen GPS iaitu PBB SUPP, PDP dan PRS.

 ??  ?? UTAMAKAN SARAWAK: Henry (tengah), Awangku Jinal (lima kiri) bersama melaungkan semangat GPS di Dataran Bandar Lawas semalam.
UTAMAKAN SARAWAK: Henry (tengah), Awangku Jinal (lima kiri) bersama melaungkan semangat GPS di Dataran Bandar Lawas semalam.
 ??  ?? PADAM: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.
PADAM: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia