Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakan dipenjara dan disebat rompak pemandu e-panggilan

-

Dua rakan masing- masing dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merompak dan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap seorang pemandu perkhidmat­an e- panggilan, tahun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman itu ke atas R. Nanthakuma­r, 33, dan C. S. Komagan, 41, kedua- duanya buruh, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan.

Mahkamah memerintah­kan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula pada tarikh tangkap pada 11 Dis 2018.

Sebelum ini, kedua- dua tertuduh dihukum penjara tiga tahun dan empat sebatan atas kesalahan merompak pemandu epanggilan yang lain.

Mereka didakwa bersama- sama melakukan rompak berkumpula­n ke atas Muhammad Asfaruddin Sabarudin, 26, dengan mengambil wang tunai RM80 dan dengan niat bersama sengaja mendatangk­an cedera ke atas mangsa di Jalan Bukit Tunku, Jalan Sultan Ismail di sini pada 4.05 petang, 5 Disember 2018 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira mangsa mengalami kecederaan dan ia adalah kesalahan serius.

Bagaimanap­un, Nanthakuma­r dan Komagan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mereka menanggung keluarga.

Mengikut fakta kes, kedua- dua tertuduh telah menempah perkhidmat­an e- panggilan dari perjalanan Times Square ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA).

Namun, mereka mengubah haluan ke Jalan Bukit Tunku dengan alasan untuk mengambil komputer riba dan setibanya di sana, Nanthakuma­r telah mengacukan pisau lipat ke perut mangsa dan seorang lagi ( Komagan) mencekik leher sebelum meminta mangsa mengeluark­an semua wang dan barangan berharga.

Ketika kejadian itu, berlaku pergelutan dan tertuduh pertama ( Nanthakuma­r) telah menikam paha kiri mangsa dan melarikan wang tunai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia