Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pegawai kanan PAIP direman skandal air

-

Empat pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad ( PAIP) termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek bernilai RM23 juta.

Turut ditahan reman tiga kontraktor yang dipercayai memonopoli projek-projek yang ditawarkan oleh perbadanan itu dengan memperoleh­inya secara rundingan terus tanpa melalui proses sebut harga.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan Humaira KM Haider setelah mendengar permohonan daripada Penguasa SPRM, Muhammed Fiqrun Md Talip.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 ( a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan meminta dan memberi rasuah.

Ketujuh-tujuh mereka yang berumur 30-60 tahun sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pada jam 9.20 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari.

Pegawai pengurusan tertinggi yang bergelar ‘Datuk’ itu diwakili oleh peguam Datuk Syed Aziman Amir Syed Abu Bakar, manakala yang lain tidak diwakili peguam.

Semalam SPRM menahan pegawai tertinggi PAIP dan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n projek bernilai RM23 juta dalam satu operasi yang dikenali sebagai ‘Ops Cuci’.

Keempat pegawai kanan berkenaan disyaki bersekongk­ol dengan beberapa pemilik syarikat untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang yang dipercayai berlaku sejak 2014 lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 yang dikeluarka­n sebelum ini menyatakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kerugian tiga tahun berturut-turut iaitu RM114.55 juta sehingga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2015, RM108.22 juta (31 Mac 2016) dan 103 juta (31 Mac 2017).

Hal itu terus berlaku disebabkan pengurusan bekalan air diuruskan dengan kurang cekap, pengurusan tadbir urus PAIP juga disifatkan kurang cekap dan kurang memuaskan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Empat pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) termasuk seorang pegawa pengurusan tertinggi dan tiga kontraktor dibawa ke Mahkamah Kuantan untuk perintah tahanan reman di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama REMAN: Empat pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) termasuk seorang pegawa pengurusan tertinggi dan tiga kontraktor dibawa ke Mahkamah Kuantan untuk perintah tahanan reman di Kuantan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CABUL: Seorang lelaki berusia 38 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 14 tahun, pada tahun lepas di Ipoh.
— Gambar Bernama CABUL: Seorang lelaki berusia 38 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 14 tahun, pada tahun lepas di Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia