Utusan Borneo (Sarawak)

DOJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden

Program UNDP dan latihan universiti-universiti tempatan turut membantu badan kehakiman negara

-

Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah satu lagi organisasi antarabang­sa yang sangat membantu badan kehakiman kita terutama dalam menangani litigasi

” kepentinga­n awam.

PUTRAJAYA: Hakim dan pegawai kehakiman Malaysia telah menerima latihan daripada Jabatan Keadilan ( DOJ) Amerika Syarikat mengenai cara untuk mengendali kes jenayah moden, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum semalam.

Beliau berkata DOJ sangat aktif dalam mendedahka­n dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden seperti pengubahan wang haram, penipuan mata wang kripto, keganasan dan pemerdagan­gan manusia.

DOJ mula memberi latihan berkenaan sejak tahun lepas.

“Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah satu lagi organisasi antarabang­sa yang sangat membantu badan kehakiman kita terutama dalam menangani litigasi kepentinga­n awam.

“Universiti-universiti tempatan juga membantu. Latihan ini mengambil masa untuk matang. Kita perlu ingat bahawa Putrajaya bukan dibina dalam sehari,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran pembukaan Tahun Perundanga­n 2019, di sini.

Ketua Hakim Negara berkata Akademi Kehakiman Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman telah menganjurk­an latihan dalaman untuk hakim dalam beberapa bidang undang-undang.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, beliau berkata badan kehakiman sedang berbincang untuk membawa hakim-hakim yang berpengala­man dari United Kingdom untuk berkongsi pengalaman mereka dalam pengurusan kes yang berkesan.

“Kami juga sedang berbincang dengan Badan Kehakiman Singapura bagi program perkongsia­n pengetahua­n. Pada Mac akan ada satu program yang dianjurkan dengan bantuan Badan Kehakiman Singapura,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Malanjum berkata badan ke- hakiman telah membuat satu deklarasi yang tegas untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan toleransi sifar terhadap apa-apa bentuk rasuah dan gangguan kehakiman sama ada secara dalaman atau luaran, politik atau sebaliknya, dalam pelaksanaa­n tugas kehakiman.

“Kami mengalu- alukan maklumat jika ada yang berlaku. Saya memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang. Badanu kehakiman kekal dan akan tetap teguh dalam menegakkan kebebasann­ya.

“Kami sedar bahawa antara sebab mengapa orang ramai mempunyai persepsi negatif terhadap mahkamah adalah bahawa keputusan kami pada masa-masa tertentu tidak selaras dengan perasaan orang ramai atau kehendak majoriti. Respons kami terhadap perkara ini ialah supaya untuk memahami fungsi mahkamah,” katanya.

Malanjum juga menggesa peguam muda supaya memberi bantuan perundanga­n secara percuma bagi mereka yang tidak diwakili manakala peguam yang baharu diterima melakukan sebanyak mungkin kerja-kerja pro bono di mahkamah kerana ia akan memberi pengalaman dan keyakinan kepada mereka di mahkamah kelak.

Mengenai isu lain, Malanjum berkata badan kehakiman juga mengadakan perbincang­an dengan beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kami menggalakk­an para hakim dan pegawai kehakiman kita supaya mempertimb­angkan untuk mengenakan hukuman perintah khidmat masyarakat dan bukannya dipenjarak­an kepada pesalah dalam kes yang sesuai. Melalui cara ini, bukan sahaja ia boleh memulihkan pesalah dengan lebih baik, malah menjimatka­n kos penjara,” katanya.

Pada sidang akhbar kemudianny­a, semasa ditanya mengenai perintah khidmat masyarakat itu, beliau berkata hakim dan majistret perlu mempertimb­angkan untuk menghukum tertuduh dalam bentuk khidmat masyarakat bagi kesalahan yang lebih kecil, bukannya menjatuhi hukuman penjara kerana ia juga dapat membantu mengurangk­an kesesakan penjara.

Beliau berkata terdapat pe- runtukan dalam Kanun Keseksaan untuk menjatuhi hukuman terhadap tertuduh dalam bentuk khidmat masyarakat untuk kesalahan yang tidak serius.

“Langkah berkenaan telah dilaksanak­an di Sabah yang saya rasa ia berjaya. Mereka (pesalah) akan memakai pakaian (penjara) ketika melakukan khidmat masyarakat.

“Apabila mereka berhadapan dengan orang awam (semasa melakukan khidmat masyarakat), mereka akan berasa malu, dan bukannya menghabisk­an masa satu atau dua minggu di penjara,” katanya.

Kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada pesuruhjay­a kehakiman Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutua­n, pengurusan pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n dan pegawai kehakiman menghadiri pembukaan Tahun Perundanga­n 2019 itu.

Semasa majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong melancarka­n buku berjudul ‘Judicial Review Guide for Public Officers: An Introducti­on’. Buku berkenaan boleh dimuat turun dari laman web kehakiman ( www. kehakiman.gov.my). — Bernama

Tan Sri Richard Malanjum Ketua Hakim Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menyampaik­an ucapan pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menyampaik­an ucapan pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia